MASJID PENGADANG BARU

MASJID PENGADANG BARU

Jumaat lalu, 17 Jamad-il-Akhir 1440 H bersamaan 22 Februari 2019, sampai lagi di Madrasah Quran Kubang Bujuk. Jam 12:30 tengahari memasuki pagar MQKB.

-(Pejabat Pentadbiran MQKB)-

Masuk keperkarangan MQKB, yang pertama kelihatan ialah Masjid MQKB. Saya kali pertama sampai disini 1983.

Ketika itu masjid belum besar sebegini. Ketika itu, berlangsung IJTIMAK ANTARABANGSA JAMAAH TABLIGH berlangsung. Tetamunya adalah “Hadrat Jee” dari Nizamudin, Markaz Tabligh India. Amir Jamaah Tabligh seluruh dunia ketika itu.

-( gambar bawah ; Masjid MQKB )-

Kelihatan AHMAD FATHI RABBANI yang nampak gayanya beliau mengenali kereta abi dia memasuki kawasan madrasah.

Jumpa FATHI, cadangkan supaya beliau  mohon keizinan dengan warden asrama untuk solat Jumaat bersama abi di Masjid Pengadang Baru.

Al-HamduliLLAH, ada keizinan.

Sekian, untuk kali ini.

Saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani.
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan

MADRASAH TAHFIZ DARUL QURAN KG KEDEMIT

-(Pintu utama madrasah)-

Sebuah madrasah untuk pengajian tahfiz al-Quran bagi pelajar perempuan yang terletak di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan

Berada hanya 4 kilometer dari Pasar Wakaf Bharu, Tumpat.

-(Masjid di tingkat atas dan kelas pengajian di tingkat bawah)-

Anak saya sedang mengikuti pengajian tahfiz di madrasah ini. Baru 43 hari berada di asrama ini.

Sebuah madrasah yang kini bangunannya sedang diubah suai.

Gambar di bawah ialah sebuah rumah ( pondok ) yang dijadikan “rumah tetamu madrasah”. Di pondok ini lah saya dan isteri serta anak yang lain, ( adik2) bertemu dengan kakak mereka.

Semuga anakku terus sabar .. istiqamah menghafaz al-Quran di madrasah ini.

Sekian, untuk kali ini.

Aamiin

Dari saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

 

 

 

MADRASAH QURAN KUBANG BUJUK

 

MADRASAH QURAN KUBANG BUJUK (MQKB)

…………Masjid MQKB……………

………..Pejabat MQKB…………………………

Anak saya AHMAD FATHI RABBANI belajar jurusan TAHFIZ di MQKB.

“Al-HamduliLLAH”, saya bersyukur dan memuji ALLAH SWT, di atas nikmat anugerah ILAHI, anak saya telah tamat menghafaz al-Quran dan kini sedang mengulang untuk dapat syahadah HAFIZ MQKB.


Jika anda dari Kelantan mahu ke Madrasah Quran Kubang Bujuk, anda perlu ke Batu 6. Dari Batu 6 ke Manir. Seterusnya ke Wakaf Mempelam. Kemudian ke Pengadang Baru. Di Pengadang Baru, cari Lorong Hj Hasan. Dari sini anda ke Masjid Jamek Muttaqin di Kepong dan ke Beladau. Dari Masjid Jamek Beladau hanya 3 kilometer ke MQKB. Jalan ini populor untuk ke Kampung Pulau Manis yang menempatkan maqam Tok Pulau Manis. Mudah kan !

Kini, setiap hari beliau wajib membaca 5 juzu’ di bawah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Shaheed.

Abang dan adik.

Semuga Ahmad Fathi Rabbani menjadi seorang hafiz yang muttaqen..”Aamiin”.

Saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

 

ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ

ALMARHUM TGNA

12 Februari, hari kematian Tok Guru Nik Aziz

Hari ini cukup 4 tahun Tok Guru pergi tak kembali lagi.

“Ya RABb, ku MOHON pada MU semuga di ampunilah dosa dan di terima amalan Almarhum”. “Aamiin”.

-( Saya dan sahabat2 di atas Masjid Markaz Jamaat-e-Islami, Mansoorah, Lahore, Pakistan sewaktu belajar di sana 1991)-

Yang saya ingat, berada sama di pagi subuh itu ialah ;

(1) Ustaz Razid Mohammad ; Bachok, Kelantan. (2) Ustaz Zulkifli ; Kedah. (3) Ustaz Suhaimi ; Kuala Terengganu. (4) Ustaz Hasbullah Mamat ; Kuala Terengganu. (5) Ustaz Ramli Mat Esa ; Kedah.

Semua mereka itu telah berperanan di tempat masing2 dalam lapangan mereka.

Dalam pertemuan ini, kami para pelajar  merasa bertuah dapat bersama Almarhum ketika lawatan ini.

.

Lawatan TGNA ke Pakistan ketika itu adalah lawatan Almarhum sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan.

-( Gambar .. kesedihan sayu Almarhum ketika pengkebumian Almarhum Ustaz Hasan Syukri )-

Sekian.

Bersambung… “insya ALLAH”

Dari saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

KAMPUNG KOLAM

Kampung saya……

Nama sebuah kampung di Negeri Kelantan yang terletak di ;

[i] Jajahan Bachok

[ii] Daerah Mahligai

[iii] Mukim Kolam

[iv] Kawasan Parlimen Bachok

[v] Dewan Undangan Negeri Jelawat

.

Saya di lahirkan di Kampung Kolam pada 1962….56 tahun lalu.

.

Sebuah kampung tradional yang terletak pada jarak

— 15 kilometer dari Bandar Kota Bharu,  ibu negeri Kelantan,

— 15 kilometer dari Pantai Irama, Bachok,

—  15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.

-(Pasar Pekan Melor : dari arah Jalan Pasir Puteh )-
Pekan Melor 4 kilometer dari Kampung Kolam.

.

Penduduk Kampung Kolam berjumlah 1200 orang.

.

Terima kasih.

Saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI Kampung Kolam

MATIN KK – Kampung Kolam.

Adalah ringkasan dari MadrasAh TahfIz QuraN Uthmani Kampung Kolam.

Perancangan ; kearah sebuah madrasah tahfiz swasta.

 MATLAMAT MATIN – KK.

Pertama ; Melahirkan pelajar yang hafaz al-Quran.

Kedua ; Mendidik  kebertanggungjawaban pelajar untuk beramal berpandukan  al-Quran dan as-Sunnah SAW.

Ketiga ; Memupuk dan membina akhlaq pelajar untuk menyebar al-Quran dan  ilmu di mana berada.

 

MASJID UTHMANI di jadikan pemangkin bagi mencapai matlamat yang di gariskan.

Asrama MATIN yang dijangka bernilai RM 400 ribu akan dibina.

.

Pembinaan MATIN telah di mula pada Hari Wukuf Arafah,  9 Zulhijjah 1440 H yang lalu. Berikutan pada tarikh itu hujan musim tengkujuh bermula maka pembinaan di tangguhkan buat sementara.

.

Sehubungan dengan itu, DANA untuk pembinaan amat di perlukan.

Kepada hamba ALLAH SWT yang budiman. Bagi yang ingin mengINFAQ dijalan NYA, bolehlah menyalurkan ke akaun atas nama MASJID UTHMANI.

“Insya ALLAH”. Dan jika ada sebarang  pertanyaan dan pemakluman tentang penyaluran DANA …INFAQ boleh hubungi saya di talian hp dan Washsap  ; 013-99 764 99 pada bila- bila masa.

….akan menyusul lagi…

Sekian. Terima kasih.

Saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH Kolam

DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH atau nama penuhnya SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH KOLAM adalah sebuah sekolah yang asalnya adalah Sekolah Agama Rakyat.

.

Kini, sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah agama di bawah HAK MILIK KERAJAAN NEGERI KELANTAN yang terletak di bawah pentadbiran YAYASAN ISLAM KELANTAN.

.

Latar belakang ; Sekolah ini terletak di Kampung Kolam Tembesu dalam Jajahan Pasir Puteh iaitu kampung bersebelahan ( bersempadan ) Kampung Kolam.

.

Pada masa itu, tahun 1960 an ia bukan  lagi bernama SMADUAM. Ia di kenali sebagai Sekolah Arab Kolam yang di asaskan oleh Haji Abdul Rahman Bin Mat Diah, mantan imam Masjid Ibrahimi, masjid besar bandar Pasir Puteh.

.

Sekitar tahun 1970 an sekolah ini di pindahkan ke kawasan Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang.  Nama Tuan Guru yang sebenar ialah Haji Muhammad Bin Abdullah.

.

Sebelum di wujudkan aliran sekolah, Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang ini ialah pusat pengajian agama beraliran pondok seumpama Pondok Telosan Pasir Tumbuh, Pondok Sungai Durian dan lain-lain.

.

Pada tahun 1970 an inilah “penjenamaan semula” sekolah ini dan dinaikkan tataf dari sebuah sekolah Sekolah Agama Rakyat ke sebuah sekolah yang di letakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

.

Saya masih ingat,  pada sebelah pagi saya belajar di Sekolah Kebangsaan Kolam dan selepas solat zohor saya belajar di SMADUAM.  Pada 1971 SMADUAM di resmikan oleh Almarhum Tan Sri Asri Bin Muda [ masa itu Almarhum bergelar Datuk ] sebagai Menteri Besar Kelantan.

.

Ringkasnya, pada 1998, SMADUAM di pindahkan ke tanah lain sebagai tapak baru. Kebetulan, tanah tapak baru ini bersebelahan tanah milik ibu saya Almarhumah Hajjah Jah. Pada tahun 2000 tanah ini di tukar milik jadi HAK MILIK RESMI saya.

.

Memandangkan saya  ada hasrat untuk berkecimpung dalam bidang pendidikan keagamaan, sebelum saya membina madrasah tahfiz terlebih dahulu saya mengasaskan pembinaan MASJID UTHMANI pada 2007 kerana melihat pelajar SMADUAM tiada tempat khusus untuk solat berjamaah. Sepatut logiknya, pembinaan madrasah di dahulukan.

.

Al-HamduliLLAH, masjid telah siap dan diimarahkan oleh pelajar SMADUAM. Madrasah Tahfiz Quran Uthmani pun telah diasaskan.

.

Ini semua dengan izin ALLAH SWT. Semuga seterusnya PERJALANAN MENUJU RABBINA di bawah naungan ILAHI.

.

Sekian.

Saudara anda di jalan ALLAH ;

FIKRI                                       

MASJID UTHMANI Kampung Kolam

MASJID UTHMANI Kampung Kolam.

Lokasi …alamat lengkap ; Kampung Kolam, Sebelah Sekolah Menengah Agama [ Arab ] Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam (SMADUAM), Kampung Kolam,  16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Kampung Kolam, nama sebuak kampung dalam struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan ; merupakan sebuah kampung dan nama Mukim yang berada dalam Jajahan Bachok.

Dari sudut persempadanan pilihan raya Kampung Kolam berada dalam kawasan Parlimen Bachok.

YB Bachok ialah  Ustaz Nik Mohammad Abduh  dan DUN Jelawat.  YB Jelawat ialah Abdul Azziz Kadir.

Pekan Melor ialah pekan yang terdekat, sejarak 4 kilometer dengan Kampung Kolam, sebuah pekan yang menghala ke Kota Bharu.

Pekan Melor sejauh 15 kilometer dari Kota Bharu. Kampung Kolam dalam Jajahan Bachok menjadikan Pekan Melor jadi pekan yang terdekat untuk berurusan seharian.

“Al-HamduliLLAH”, masjid yang asaskan pada Disember 2007 ini berada diatas sebahagian tanah hak milik saya yang di WAKAF fi sabiliLLAH.

Kini telah siap sepenuhnya ( ruang solat ) dan boleh digunakan, yakni di imarahkan.

Tanah tapak Masjid Uthmani  ini, pemilik asalnya ialah Tok Ki saya Haji Uthman Bin Abu Bakar.
Kemudian tanah ini dipesakai, jatuh menjadi hak milik anakndanya, Haji Awang Bin Haji Uthman.
Dari Haji Awang berpindah milik kepada ibu saya Hajjah Jah Binti Haji Awang lalu sampai kepada saya.

Tanah tapak masjid ini jadi hak milik saya sejak tahun 2000.

Sebuah masjid, yang ruang solat berkeluasan 55 x 60 kaki persegi.

Dari segi kemudahan asas, hanya  TANDAS AWAM yang masih belum siap. Tandas di ruangan pelajar SMADUAM sedang dalam pembinaan.

Gambar atas ;
Kiri Masjid Uthmani
Kanan SMADUAM

Masjid Uthmani telah di imarah oleh pelajar SMADUAM ; samada di waktu persekolahan yang melibatkan seluruh pelajar pada waktu solat zohor dan pelajar yang tinggal di asrama seramai 100 orang.

Saya selaku Pengerusi Masjid Uthmani “Dengan nama ALLAH” mengucapkan jutaan terima kasih “jazakumuLLAHu khairan jaza” diatas sokongan setiap hamba ALLAH yang terlibat sehingga berdiri siap masjid ini hari ini.

Tinggal lagi, pengisian seterusnya dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA, anugerah NYA  yang masih berbaki lagi ini.

Laman web ini ; (  fikri-mu.com ) dengan penjelasan ini, terjawab jelas ‘ MU ‘ pada alamat laman web ini ialah ‘ Masjid Uthmani ‘ bukannya bermaksud ‘ mu ‘ itu awak atau you … anda.
Bererti, saya rangkaikan nama saya dengan ‘ MU ‘ -Masjid Uthmani

“Insya ALLAH”, MASJID UTHMANI, dengan pertolongan dan bantuan RABBINA akan di imarah, di hidupkan dengan program keagamaan. “Aamiin”

Terima kasih.

Dari saudara anda di jalan ALLAH SWT.

FIKRI BIN AWANG
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Hp ; 013-99 764 99
——————————————
Anda, saudara saya dijalan ALLAH layak membantu saya mengIMARAHkan Masjid Uthmani dengan mengINFAQ diakaun ( current ) atas nama MASJID UTHMANI.

والله اعلم
Terima kasih

PERJALANAN MENUJU RABBINA

Assalamu’alaikum…….السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat sejahtera

Kepada saudara ku seaqidah dan setauhid.

~ 3 JAMAD-IL-AKHIR 1440 H –  JUMAAT – 8 MARCH 2019 M ~

الحمدلله …..” al-HamduliLLAH”, SYUKUR, sebagai PEMBUKA KATA, bersumber ilham dari wahyu ILAHI , “bacalah dengan nama Tuhan mu Yang Menciptakan”  dan “tunjukilah … tambahilah kami diatas jalan yang MUSTAQEEM ini”.

Wahyu adalah dasar kehidupan MUKMININ.  Justeru kita terima anugerah hayat ini atas nama pengabdian kepada NYA.

“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” meneruskan PERJALANAN MENUJU RABBINA.

Saya, saudara anda bernama FIKRI, bersyukur dan memberanikan diri menulis sedikit untuk diri dan generasi. Untuk saudara seaqidah setauhid terutama.

Dengan rasa kerdil bersama anda dalam suatu pengamatan dan penghayatan sekadar kemampuan yang ada dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA ini.

Hari ini Jumaat al-Mubarak, menemui anda disini. Walaupun bertitik tolak dari keFAHAMan wahyu pertama itu, saya tidaklah layak untuk membicara berversi ilmiah.

Namun diatas keSEDARan dan keFAHAMan serta keYAKINan bahawa asas perhubungan utama antara al-KHALIQ dan makhluk serta sesama makhluk ialah pengAMALan dan pengOLAHan ilmu menunjukkan kita tidak boleh dipisahkan dengan ilmu.

Ayat wahyu pertama diturun kepada kita adalah CABARAN menghidupkan ilmu dalam diri  untuk menyuburkan kuatkan hubungan dengan RABBINA.

Kita, “insan”, kini menyambung dan meneruskan perjalanan yang bermula dengan suatu “kehendak NYA”.  Persekitaran kita adalah  sebahagian dari kita yang tidak boleh dipisahkan.

Sebuah pengakuan resmi kita,  “kami menyaksikan”, sebagai pengakuan setulus jujur dari “hamba” kepada RABBINA yang memulakan “bahasa” persoalan agung   “adakah AKU RABB kamu ? “.

ALLAH SWT dengan penuh seni berkeajaiban mencipta perjalanan kita  ini dengan suatu pertanyaan  resmi merahmati untuk mengasaskan hubungan “makhluq” insan dengan al-KHALIQ. Kita ditakhdirkan menyambutnya… الحمدلله

Bagi ALLAH, memaknai bahawa “hak milik mutlak ALLAH SWT apa saja yang di langit dan di bumi”.  Justeru kita sewajar sewajib tunduk, menyerah dan patuh.

DIA mencipta dengan tujuan untuk menguji, DIA mencipta DIA menguji, siapa antara kita insan yang bertauhid, beraqidah dan ‘amalannya sebagai pembuktian “penyaksian” yang bermaksud menerima  dengan pegangan dan mentauhidkan ALLAH SWT di alam semasa hidup atas bumi ini.

Penerimaan kepada penyaksian tayyibah bermaksud “Tiada ILAHi kecuali ALLAH SWT” adalah penerimaan tertinggi dan suci yang tiada makhluk lain yang seistimewa al-insan, kita…anda !.

Itu kehendak DIA, Yang Maha Suci, RABBINA.

Kita berhubung dan berta’ruf…berkhidmat dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA.

Sebahagian dari pengamatan pada PERMULAAN KATA… الحمدلله

… bersambung “dengan izin NYA”

WalLAHu a’lam.

Terima kasih.

Sekian.

Dari ;
Saudara anda dijalan ALLAH

FIKRI @ FAKRI BIN AWANG
Masjid Uthmani, Kampung Kolam,
16400 Melor, Kota Bharu,
Kelantan.
Hp : 013-9976499

Juga boleh dihubungi dan rintis persahabatan di FB.

1990

2002