~ AHAD ~ 8 Januari 2023


Tarikh yang ALLAH SWT anugerahkan pengalaman baru dalam hidup saya.
Petang Sabtu, 17 Disember 2022 jam 3 petang bertolak dari Kampung Kolam untuk ke TAHFIZ AN-NUR BESUT yang terletak di Kampung Alor Belanga, Jerteh.
Anak sedang mengikuti program “KEM PINTAR SOLAT dan AL-QUR’AN” dan akan tamat esok 18 Disember 22. Datang awal untuk senang, boleh ambil awal. Jika terlewat, bimbang anak tention.
Esok, 18 Disember juga hari yang dimaklum umum oleh pihak berkuasa bahawa hujan lebat akan turun.
Malam ini, malam Ahad bermalam di HOMESTAY RAMBAI.


Kata, abang Haji Mad, tuan punya RAMBAI, “dekat surau tak naik air kalau mengikuti rekod banjir lepas”. Lalu untuk langkah pertama saya parking ditepi jalan ditepi surau itu. Sebagaimana gambar bawah.
Malam ini juga, final World Cup FIFA 2022 Qatar diantara Perancis – Argentina. Tengok bola bukan kerana minat sangat. Ia hanya untuk merasakan kebersamaan sahabat2 yang menjadi peminat tegar bola.
Hujan renyai2 tak henti2. Tertidur dan terjaga jam 4:30 pagi Isnin Kelihatan air memenuhi halaman hadapan HOMESTAY RAMBAI.

Jam 5:30 pagi ( gambar atas ) air mula menjejakkan masuk kelantai HOMESTAY RAMBAI.
Manakala pagi esok ( 19 Disember ) Isnin, walaupun kereta dipindahkan dari tepi jalan dekat surau ke depan premis kedai yang teduh dan tinggi, juga dinaiki air pada banjir kali ini.
Air dibahagian depan dan belakang. Juga luar dan dalam pada tempat duduk belakang Dan bonet

Atas ; Anak AFJunduLLAH sedang mengeluarkan air dari dalam bonet.


