AHAD ~ 8 Jan 2023


Ada sahabat lama, SAHABAT PUTERA DIHATI KU yang tinggal di Pasir Puteh menghubungi dipagi hari. Saudara ku Ilyas singgah di TAHFIZ UTHMANI.

Terima kasih kerana sudi menziarahi. Hari ini hujan rintih tidak putus. Tidak lebat, pekerja pembinaan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI tidak datang, “bercuti” kerana cuaca tidak mengizinkan untuk kerja dengan lancar
Tengok gambar bawah. Air memenuhi tempat yang sedang dalam pembinaan terkini.

Musim tengkujuh belum tamat. Mungkin kini pusingan akhir.

Selepas ini, dikawasan yang kelihatan mesti ditambahi tanah baru. Bahasa Kelantan kata “tambun”. Tanah “Bukit Merbau” diperlukan.

Atas, gambar muka depan DARUL IKHWAH TAHFIZ UTHMANI iaitu RUMAH TETAMU TAHFIZ UTHMANI. Sebuah bilik yang kecil tapi dilengkapi dengan kemudahan untuk tetamu TAHFIZ UTHMANI