HyPo 6:03 pagi

RABU – 12 JANUARI 2022 ~

الحمدلله…Perjuangan ambo seorang hamba ALLAH ( امين يارب العالمين ) diabetes sejak 2003 lagi .

الحمدلله diatas kurniaan ILAHI ini. Semuga ALLAH SWT membimbing ambo untuk bermujahadah asas sebagai seorang hamba kerdil yang berdosa dan berikhtiar untuk mengawal penyakit ini.

Sambil mencari huruf untuk posting ini. Tangan kini terketar-ketar.

Terasa ،”kenalin” gementar jari bila FBS 2.9. jam 6:03 minit. Sukar untuk tepat nak tekan huruf.

Ambil 4 biji kurma. Tengok keberkesanan buah kurma. Sambil menaip ini, sudah terasa makin pulih dari HyPo ini.

Dari HyPo 2.9 pada jam 6:03 minit, makan buah kurma 4 biji, selepas sejam 40minit naik 7.0.

Lama tak jumpa sehingga tertanya-tanya. Ditakdirkan hari ini, beliau “free” diwaktu saya “tidak lorat”. Beliau menjemput saya sembang santai di kantin SMKKL pagi ini. Kononnya, masih berbaki 20 hari tempoh untuk menamatkan kerjaya sebagai seorang guru. Beliau pernah bersama sekelas pada tahun 1979 selama 6 bulan di SMK MELOR.

Bersama sahabat lama Mohd Yusof Che Muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *