

– RABU – 22 DISEMBER 2021 ~
Setiap detik dalam kehidupan kita pasti ada sesuatu perkara baru yang kita lalui dan temui. Baru bagi kita walaupun ia suatu perkara biasa bagi orang lain.
Perumpamaan paling hampir, yang ada dihadapan kini atau ditangan kita, “hand phone” ini, andainya terhempas lalu pecah dan rosak. Ia suatu perkara “biasa”, “terjatuh”. Rosak pun biasa juga.
Tidak terjejas kehidupan bagi seseorang lain. Tidak menjadi masalah mereka. Terjatuh, terhempas dan pecah. Biasa saja !. Tapi bagi kita ia adalah suatu musibah yang memeritkan. Mungkin !
Untuk tenang dan rancak menjalani kehidupan kita, “keperluan” untuk berhubung perlukan juga hand phone. Namun, untuk dapatkan hand phone baru sekurangnya perlu ada RM 500. Mungkin ada RM 500 untuk dapatkan HP baru, ada dalam simpanan. ! Namun, tidak terjejas yang lain ke ?. Tak terganggu ke program lain dengan mengeluarkan RM 500 itu ?
Apa pun, setiap musibah walau bernilai RM 500 ia tetap sebagai ujian dan perkara baru, rasaan baru dan kesan baru serta pengalaman baru.
Justeru, hanya dengan memahami ujian dan penghayatan takhdir ILAHI baru hati tenang.
Namun dimana hikmahnya ?. Perlu difikir dan dicari kerana sesuatu musibah itu anugerah dan pengajaran dan didikan dari RABBINA.
Oleh yang demikian, kita perlu hati-hati. Adakala pengalaman baru itu baik. Ada kalanya buruk dan menyusahkan !.
Terutama dalam hubungan dengan orang ramai. Berbagai kerenah dan ragam, watak dan perangai, style dan persembahan.
Mereka juga ada pengalaman baru. Mungkin melibatkan kita. Jika sehaluan sepanjangan, boleh dibawa berbincang tidak menjadi masalah.
Tetapi jika ada yang kita temui jenis yang hanya pandai jaga dan bawa diri dia saja. Jenis manusia yang berlagak gaya tak perlukan orang dalam kehidupan mereka. Kita kena cari dan mengadap mereka, susah. Walau nak berkawan, kita yang kena cari dan mengalah serta tunduk kepada mereka.
Itu jika kita ditakdirkan bertemu dengan orang yang jumud, tiada watak “sama-sama cari sahabat”. Terganggu fikiran juga !
Begitulah kehidupan kita ini.




RBS 5.7 – Jam 7 malam – 22/12/21