SELASA – 21 DISEMBER 2021 M ~
Teramat berat, sukar dan payah dalam perlaksanaan perjalanan menuntut redha RABBINA ialah sesuatu yang terlibat dengan perjalanan hati. Cabaran tidak pergi jauh dan tidak kelihatan tetapi bertapak kukuh dalam hati. Bertapak menjadi sebati pada diri sehingga membentuk watak dan keperibadian.
Dari dia sangkaan yang berputar dalam hati, namun yang buruk juga yang menguasai dan mahu mengekalkan penguasaan.