BERBEZA

KHAMIS – 16 DISEMBER 2021 M ~

PERBEZAAN adalah suatu yang benar kewujudannya. Ia adalah anugerah ciptaan ILAHI kepada hamba NYA. Dalam apa saja ada perbezaan antara kita. Tidak boleh elak dan lari dengan perbezaan itu. Kita mesti faham perBEZAan.

Diperintahkan kepada kita supaya bijak menanganinya. ALLAH memerintahkan supaya “satukan” kehambaan kepada NYA. Bermaksud “menTAUHIDkan NYA”. Yang menerima hidayah, mentauhidkan ALLAH SWT, bererti hati mereka disatukan ALLAH SWT.

Keengkaran iaitu kekufuran menolak ALLAH sebagai Tuhan sekelian alam itulah puncak perbezaan. Perbezaan yang paling serius. Perbezaan ini, bagi yang kufur itu dimurkai NYA malah dilaknati NYA. Antara menTAUHID, beriman dengan kekufuran adalah perbezaan dan pertembungan yang besar dan kesannya amat besar.

ALLAH SWT, tetap berBEZA dengan makhluq ciptaan NYA. Ini dasar dan tunggak serta tunjang ‘aqidah ISLAMIAH.

Jika ada pihak yang mengatakan dan berpegang bahawa ALLAH SWT sama dan serupa dengan makhluk maka disini akan jadi punca perpecahan dikalangan manusia.

Seorang manusia tidak boleh menyamakan makhluq dan al-KHALIQ atau antara al-KHALIQ dan makhluq.

Perbezaan ini adalah selama-lamanya tanpa pengecualian walau sekecil masa, tempat dan ruang didunia dan diakhirat.

FBS 10.0 jam 4 pagi, melayani anugerah ILAHI “dibetes” dengan penuh kesyukuran. Tadi terlalu letih. Tertidur jam 9:30 tadi. Terlupa ATORVASTATIN 20 mg walau sebiji. Juga tertinggal insulin LEVEMIR 30 unit. Lalu inject 30 unit ketika FBS 10.0 jam 4 pagi. ATORVASTATIN tinggal, tak makan malam ini dan sebab dah nak siang maka abaikan !. Jangan abaikan sokmo ( selalu ).

ALLAH SWT Menganugerahi bahan atau sumber untuk hamba NYA menjadi bijak dan pintar iaitu al-Quran dan al-Hadith RasuluLLAH SAW sebagai pentafsir yang menjelaskan isi kandungan al-Quran wahyu ILAHI.

Justeru, kita mesti memahami al-Quran dan tafsiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *