~ 2 JAMAD-IL-AWWAL 1443 H ~ SELASA – 7 DISEMBER 2021 ~
Yang pentingnya kita memahami, FAHAM bahawa hidup dan mati kita adalah sebagai detikan ujian ILAHI.
Maka, dalam perjalanan hidup menuju RABBINA ini, setiap detik, tanpa kecuali itu adalah rupa-rupa perjalanan ujian. Beetukar ganti ; susah senang gembira dukacita, musibah dan kerehatan ketenangan.
Kejadian diri kita adalah bukti dan dalil besar keKUASAan ALLAH SWT. Berbagai cara dan teknik zahir dan batin dari ALLAH SWT untuk menguji dan melihat sejauhmana akurnya hamba kepada keKUASAan ALLAH SWT.
Apakah yang teruji ?. Yang teruji ialah IMAN dan ILMU serta fikiran dan minda. Setiap pergerakan kita mesti terlibat dengan suasana dan persekitaran biasa atau pun diluar kebiasaan kita.
Yang tentunya dan yang utamanya kita diuji dengan manusia dan harta kita. Manusia terdekat, antara siisteri bagi sisuami. Suami bagi seorang isteri.
Sahabat bagi kawan samada kawan baru atau lama !. Guru bagi murid-murid. Pelanggan bagi peniaga. Jiran bagi kehidupan berjiran. Malah kenalan sekampung atau dikawasan perumahan tempat tinggal. Begitulah sebaliknya. Semuanya ujian kehidupan.
Semuanya mensasarkan iman dan ilmu yang berpusat berpaksi dihati !!. Hati tidak putus2 berinteraksi dengan setiap yang berdepan. Ada reaksinya. Sudut pandang dalam menangani sesuatu itulah rupa bentuk ujian.
Jika anda, kita berseorang tanpa sebarang aktiviti dan keterlibatan dengan sesiapa pun, apakah ujiannya ?. Jawabnya, adakah kita berwudhu ketika itu ? Adakah hati mengingati ALLAH ketika itu ? Adakah hati bersangka baik kepada ALLAH ketika itu ? Adakah lisan, lidah menyebut nama ALLAH, berselawat kepada RasuluLLAH SAW ketika itu ?. Apakah yang didengari telinga ketika itu ? Apakah yang dilihat telinga ketika itu ? Apakah niat untuk dilakukan selepas itu ?
Bagaimana kita bawa diri kita ?. Jika kita lakukan sesuatu yang tepat dengan kehendak ALLAH SWT, maka lulus UJIAN. Dalam hati, NIAT perlu ikhlas kerana ALLAH SWT jua.
BAWAH, sebelum masuk kedalam ruang solat masjid.
Sebuah masjid yang patut dipuji keberadaan pengurusannya. Gambaran ada idea dan berwawasan.
ATAS 1 dan 2 dan BAWAH 3 dan 4. Hari ini solat subuh di MASJID IJABAH Buloh Poh, Ketereh.
ATAS dan BAWAH. Ditempat dan gambar hamba ALLAH SWT yang sama. Disaf kedua depan saya pada saf ketiga. Di Masjid IJABAH ini dipagi hari selepas selesai solat subuh telah ada “kereta bergerak” untuk ahli jamaah masjid ini berINFAQ.
Kereta kutip sumbangan berjalan depan ahli jamaah yang sedang berzikir selepas selesai solat. Bagus dan terbaik. Mohon berINFAQ selepas subuh.
Hamba mesti membuktikan pengakuan dan keIMANan. Lulus UJIAN adalah tanda hamba membukti dan membenarkan pengakuan dan keinanan.
Beriman kepada ALLAH, kita telah membenarkan bahawa apa rezeqi yang ada pada kita adalah dari anugerah ILAHI.
Justeru, ALLAH SWT menguji, dengan mendatangkan program keAGAMAan dihadapan kita, sebuah program yang memerlukan DANA kewangan.
Program ini diurus oleh hambanya jua yang ingin membuat program pembinaan institusi keAGAMAan.
Hamba ALLAH SWT itu tidak mempunyai DANA yang cukup. Kini, ujian tiba kepada hamba ALLAH SWT yang mempunyai DANA.
Sejauhmana kesan kepada keakuran dan pengakuan hamba itu. Bolehkah “membenar” dengan melaksanakan pengakuan dengan bersedeqah, berinfaq dijalan ALLAH SWT ?
Bila teruji, guna kefahaman dan kewarasan serta kematangan, pandai2lah tanganinya. Itulah pentingnya ILMU pengetahuan , bagaimana kita harus lakukan supaya masalah tidak bertambah.
BAWAH ; Di simpang 4 Melor. Kelihatan dua buah van SMO Book Store, berpagi-pagi menghala ke cawangan Pasir Puteh atau Jerteh atau Gong Badak, Terengganu.
TAHNIAH SMO. Saya sejak umur 13 tahun mengenali SMO. Asal premis SMO di Kota Bharu dibangunan dekat panggung Odeon ( Kini, bangunan UMNO Kelantan ).
ATAS : 6:41 pagi. Dalam perjalanan pulang kerumah ( dari arah Kampung Pak Simpul )
BAWAH : Petang di Pejabat Masjid Uthmani. InsyaALLAH, minggu depan akan siap bahagian atap ; potong kayu untuk letak atap.
BAWAH : Masjid Jamek Selising. Maghrib bersama warga Selising.
BAWAH ; Angka COVID-19 di Kelantan dikatakan “tidak berminat turun”. Seperti tempat lain juga, COVID-19 kini berada dalam kominiti. Ada yang mengatakan di Kelantan sukar turun angka COVID-19 kerana ada sebahagian besar rakyatnya tidak mahukan VAKSIN. Benarkah demikian ?