SENGAJA MENGGANGGU

~ 22 RABI’-UL-AKHIR 1443 H – SABTU – 27 NOVEMBER 2021 M ~

POLITIK trick mengGANGGU. “Jelas”. Bukan semata untuk menyempurnakan rentak permainan politik mereka, namun antara yang tersurat dan yang tersirat itu ada tujuan besar mereka. “Sahih ada”.

LATAR BELAKANG isu bermula bila Kerajaan Negeri Kedah menguatkuasakan sekatan pembaharuan lesen premis judi berkuatkuasa pada 14 November lalu.

MATLAMAT mereka amat tinggi. Lalu, gangguan adalah cara dan strategi untuk mencapai matlamat tinggi mereka itu.

REALITI, jika pergerakan parti mereka berasaskan kepada agama, tidak timbul masalah. Sebab ?. Semua agama tidak membenarkan perjudian.

JELAS, kaki judi itu dari pasti dari penganut setiap agama. Kaki judi adalah manusia dan agama berada pada atau dalam diri manusia. Yang tidak beragama pun manusia juga.

KEFAHAMAN bahawa, yang tak beragama pun tetap inginkan keselamatan dan kebahagiaan hidup.

HAKIKATnya, judi tidak selamat dan tidak bahagia hidup didunia dan diakhirat. Penyalahgunaan harta yang dikuasai nafsu melampau tak rasional adalah merosakkan.

TINDAKAN POLITIK oleh DAP adalah untuk kekal dan lebarkan pengaruh. Kaki judi itulah yang dibela oleh DAP. Undi kaki judi itulah yang diharap oleh DAP. Ini faktor, jerat undi dalam politik DAP.

KEYAKINAN kepada ajaran, Kerajaan Negeri Kedah berpandukan ISLAM ingin menyelamatkan masyarakat dan anak bangsa dari jadi manusia kaki judi. Caranya sebagaimana yang dilaksanakan di Negeri Kelantan, “bekukan pembaharuan lesan premis”.

FAKTOR EKONOMI pemilik atau tokey judi jadi keutamaan. Tokey judi kebanyakannya dari non Muslim dan boleh jadi terbanyak dari DAP.

FOKUS untuk menjaga ekonomi tokey judi dan juga boleh jadi syarikat judi juga penyumbang kepada ekonomi DAP. Atau mungkin DAP sendiri ada buka perniagaan judi menjadikan isu ini besar disisi mereka.

PRINSIP DASAR Menteri Besar Kerajaan Negeri Kedah yang MUSLIM mengira setiap tindakan itu dengan ukuran halal haram dan dosa pahala serta syurga neraka. Itu keputusannya.

PEGANGAN kepada dosa pahala adalah hak MUSLIMIN. MUSLIMIN patut faham dan bangkit. Kesepatutannya parti politik dan tokoh pemimpin MUSLIM bangkit menentang kerja gangguan DAP ini.

PAS telah berada dan berdepan dibarisan hadapan. Persoalan, dimana pemimpin MUSLIM yang lain ? Tak termasuk dalam fasal REFORMASI kah ini !. Atau REFORMASI anda mengikut acuan Barat !?.

BIJAK, jika pemimpin MUSLIM bersatu menentang DAP dalam isu judi yang jelas keHARAMannya disisi ISLAM dan tindakan DAP ini amat tidak menghormati demokrasi berperlembagaan.

TINDAKAN DAP mengheret Kerajaan Negeri Kedah kemahkamah adalah suatu kerja gangguan yang mencabar pihak yang menjaga agama ISLAM dinegeri Kedah dan pegangan ISLAM rakyat negeri Kedah.

TERSIRAT, bukan saja kerana ingin menjuarai isu tetapi yakinlah bahawa inilah bukti dasar pemimpin DAP yang membenci dan menentang sebarang usaha pemimpin MUSLIM untuk melaksanakan ISLAM. Ini bukan HUKUM HUDUD lagi !

KeHARMONIan fikiran rakyat Kedah terganggu. Masyarakat dan anak bangsa tidak dipedulikan DAP sedangkan agama dan semua agama tidak membenarkan judi.

STRATEGI sama, ketika almarhum Tuan Guru Nik Aziz membuat tindakan “membeku” ( baca mengHARAMkan ) dizaman pemerintah almarhum dulu. DAP juga yang mengganggu.

HAIRAN, parti MUSLIMIN dan pemimpinnya tidak terasa terganggu. Dimana persamaannya mereka ini ?

Saya bukanlah ahli politik walaupun saya menulis menyentuh isu politik. Tapi bagi saya, menyokong usaha Kerajaan Negeri Kedah ini “berpahala”. Mengislah, menasihati pemimpin MUSLIM disini juga “berpahala”. Menentang gangguan DAP juga “berpahala”. Mengajak rakyat seagama dan bukan seagama merenung berfikir untuk kebaikan juga saya “berpahala”.

Jika anda bersetuju dengan saya, juga anda ” berpahala”….ان شاءالله. Aamiiin.

والله اعلم.

_______________

ATAS : FBS 7.8 – Jam 8:42 – 27/11/2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *