BerMOHON KEKUATAN

~ 11 RABI’UL AKHIR 1443 – SELASA – 16 NOVEMBER 2021 ~

“Hanya pada ENGKAU ya ALLAH kami memohon”

Kami mohon kebaikan dan keselamatan. Kami mohon kebenaran dan kebahagiaan. Kami mohon ketenangan, kesenangan dunia dan akhirat.

Tiada yang sebenarnya Yang Maha Memiliki, semuanya hak ENGKAU ya ALLAH”

~ATAS : FBS 8.3 – Jam 7:27 – 16/11/21 ~ Malam tadi tidak injet insulin LEVEMIR. Cucuk juga tapi pada jam 5 pagi.

~ ATAS : RBS 11.7 – Jam 1:22 – 16/11/21 ~

Kita mohon kekuatan IMAN. Dengan keIMANan yang kukuh melancarkan pengurusan. Pengurusan dengan maksud persediaan untuk melakukan keTAATan.

Kerja yang dibuat disaat akhir dan tergopo-gapah biasanya tidak sempurna.

Kadang2 boleh terjadi, ketika tergopo-gapah menyebabkan tertinggal sesuatu. Tertinggal kad pengenalan atau cermin mata atau hand set.

Jika tidak teringat ( diandaikan ketika hendak solat berjamaah dimasjid ) kepada benda yang tertinggal itu dalam solat tidak mengapa !. Yang merugikan dunia akhirat ialah teringat ketika dalam solat !!

Terbaik, bukan sahaja solat berjamaah pada lima waktu. Termasuk dalam terbaik jika dapat sampai awal dimasjid.

Jika datang awal dimasjid, dapat dirikan beberapa jenis solat bermula dengan solat tahyat-ul-masjid. Boleh juga solat sunat wudhu’ dan ditambahi solat sunat.

Boleh beri’tikaf sebelum bilal mengazan masuk waktu. Boleh baca al-Quran beberapa juzu’ atau berselawat dan beristighfar dan juga bertafakur

Banyak yang boleh dilakukan. Namun, pengurusan masa juga memerlukan IMAN yang mantap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *