TINGGALKAN YANG TIDAK BERFAEDAH

~ 10 RABI’UL AKHIR 1443 H – ISNIN – 15 NOVEMBER 2021 M ~

Berfaedah atau tidak berfaedah adalah suatu nilai. Penilaian terhadap sesuatu itu terpulang kepada individu yang menilai.

Jika individu itu seorang yang mengutamakan IMAN maka apa yang bermanfaat kepada keIMANan tentu dirasakan suatu faedah kepada individu tersebut.

~ ATAS ; RBS 10.8 – Jam 12 tghmalam – 15/11/21 ~

Manakala jika individu itu tidak termasuk dalam golongan yang mengutamakan IMAN dalam kehidupannya malah mengutamakan keBENDAan dan keDUNIAan maka perkara yang berkaitan dengan keISLAMan atau keIMANan tentu tidak menarik untuk diutamakannya.

Justeru, dipandang kecil dan lekeh serta rendah nilainya. Lalu diketepikan dan tidak diambil endah sebagai tindakan baru untuknya walau dimana posisinya.

~ ATAS ; FBS 10.1. – Jam 6:57 pagi – 15/11/21 ~

Malam tadi, jam 12 terasa kosong sangat, perut berkeroncong dan tengkuk kering, lalu makan 2 biji khurma. Pagi ini, tinggi “meter”.

Kita hendaklah pandai dan faham keadaan diri kita ini dari golongan mana ?. Susah hendak mengukur kerana ia berkaitan dengan rahsia hati. Sebagaimana yang diketahui, hati adalah paksi dan pusat diri. Segalanya bermula dihati atau dalam hati.

Namun, secara zahirnya ada ukuran dan neraca untuk menilai diri kita berada ditahap mana. Ia dapat dilihat melalui komitmen kita terhadap agama dan kerja-kerja agama ISLAM itu sendiri.

Persoalan, sejauhmana kepekaan dan pengorbanan kita kepada ISLAM dalam kontek atau lingkungan peribadi kita sendiri, keluarga, masyarakat serta negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *