JANGAN MASUKKAN KEDALAM

27 RABI’-UL-AWWAL 1443 ~ RABU ~ 3 NOVEMBER 2021.

Samada kerana berpenyakit kronik atau sekadar kelemahan sementara. Apa dia ?. Jawabnya, apa yang ada dalam hati.

Kelakuan atau perangai hati mesti dua, iaitu kelakuan perangai baik atau buruk. Buruk dan baik dari sudut agama kita diistilah sebagai sifat mazmumah atau mahmudah.

Sifat mazmumah adalah sifat tercela dan sifat mahmudah adalah sifat terpuji disisi agama, al-ISLAM agama suci anutan kita.

Yang diharapkan, sifat mahmudah masuk dan berada dan berupaya bertahan kekal ISTIQAMAH dalam hati dan sifat mazmumah yang ada dalam hati, tidak berada dalam tempoh yang lama. Hanya sekejap saja.

Semuga keberadaannya hanya sebagai kelemahan sementara saja. Kelemahan kita adalah sifat semulajadi yang ada. Itu tandanya kita ini hamba.

Sifat mazmumah mesti difahami dan diusahakan keluar sebelum kita berpindah rentas kealam negeri lain. ان شاءالله

ATAS : RBS 9.9 pada jam 12:18 minit.

Bila nak tidur, nak makan ubat ATORVASTATIN 20 mg dan inject insulin saya minum milo 3 hirup sahaja dan biskut sekeping.

Milo adalah minuman yang boleh membantu mengenyang dan jika seorang pengidap dibetes yg HYpo amat patut minum Milo. Milo kosong pun sesuai !!

ATAS : RBS 12.7. Jam 1:04 minit naik kerana 3 hirup milo dan sekeping biskut. Itulah kelemahan dan penyakit.

FBS : 4.8 ~ Jam 8:39 pagi ~ di Najmi Inn Hotel Sungai Tong ~ 3/11/2021.

Semuga “meter dibetes” berada ditahap baik sebegini pada setiap masa. Mulut dan rasa الحمدلله sentiasa sedap. Kena mujahadah !!

Ada bekalan…. Jangan makan seorang diri. Makan bersama kawan.

Permintaan yang termampu ditunaikan. Air berkarbonat tidak dibenarkan sama sekali. Makanan segera seperti maggi segera siap dua minit tidak dibekalkan sama sekali. Sabarlah wahai anakku.

Pertemuan dan perpisahan dengan adik beradik. Hubungan dengan adik beradik perlu dirapatkan. Diselaraskan hubungan dengan adil.

Kasih sayang dengan pengisian ilmu keAGAMAan wajib dititik beratkan.

Saya mengambil langkah dimana anak-anak selepas tamat darjah 6 memasuki bidang penghafazan al-Quran. AF JunduLLAH, tamat darjah lima terus ke madrasah tahfiz.

Sewaktu umur muda remaja, di Malaysia pada tahap umur 13 tahun sehabis tamat darjah enam disekolah kebangsaan atau sekolah rendah maka inilah waktu yang paling sesuai untuk menghafaz al-Quran.

Semuga AF JunduLLAH menjadi seorang al-Hafidz suatu hari nanti. ان شاءالله Kini sedang menghafaz Surah Al-Ahqaf.

Hanya ibu bapa yang boleh menyatukan dan mengawal hubungan antara anak….antara adik beradik. Hubungan baik mesra mesti dipupuk sejak kecil lagi.

“Maaf Alan mama….redhakan Alan mama….doakan Alan mama”

Diantara pendidikan dan kasih sayang seorang ibu. Diantara kefahaman dan perasaan seorang anak. Diantara harapan yang tersurat dan tersirat seorang bapa dan juga ibu. Mesti diasuh dididik dengan keIMANan dan ilmu yang benar untuk masa depan dunia dan akhirat anak-anak.

Tiada harta yang nak dihadiah dan diwarisi. Kecuali ilmu al-ISLAM yang amat bermanfaat untuk keselamatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. ان شاءالله.

“Ya RABB, mohon makhbulkan doa dan harapan kami terhadap anak-anak kami” “Aamiin”

BAWAH : AFSolehah mula pakai spec hari ini. Baru umur 10 tahun. Spek harga RM 450.

Semuga dengan adanya spec, dapat ditambahi kerajinan menbaca dan menghafaz al-Quran.

Niat utama untuk kesihatan mata. Kesihatan dulu diUTAMAkan. Bila mata sihat dapat laksanakan tugas berkaitan pengajian khususnya pengajian al-Quran. ” ان شاءالله “

Tak tercapai target…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *