PENYESALAN

20 RABI-‘UL-AWWAL 1443 ~ RABU ~ 27 OKTOBER 2021

LATAR kebiasaannya, setelah berlaku keadaan yang disifatkan sebagai suatu “keburukan”, “kelemahan”, “kekurangan”, “kekalahan” “kegagalan” “kekecewaan” “kesakitan”, ringkasnya “negatif” maka muncullah penyesalan atau rasa menyesal dalam hati.

Namun tidaklah semesti dan semua sedemikian. Maqam atau standard hati seseorang hamba itu berbeza.

Boleh jadi juga, telah berlaku sesuatu yang baik dan menguntungkan, “positif” lalu terfikir dari jiwa tidak puas hati, untuk mendapatkan yang lebih baik dan lebih menguntungkan juga menimbulkan penyesalan. Namun, tidaklah semestinya sedemikian juga.

Rasa SESAL muncul, kerana tidak berUSAHA dan tidak berIKHTIAR sesuatu untuk memperolehi kebaikan dan keuntungan lebih.

Tak pernah usaha cuba dan ikhtiar yang membawa erti tidak merancang dan tidak menjangka serta tidak berfikir kepada suatu peluang baik. Lalu akhirnya bertemu suatu gagal. Timbullah penyesalan.

Tidak memaklumkan kepada kawan, sahabat, keluarga dan jiran bahawa adanya suatu rancangan baik berkebajikan ( seperti untuk bina masjid dan madrasah dll ) untuk dapatkan dana pembinaan, akhirnya terlepas kerana mereka menginfaq kepada pihak lain. Masa berlalu dengan tidak memberitahu atau memanfaatkan peluang terbaik itu ketika sihat dan waktu muda. Akhirnya mengaku “silap tidak memaklumkan”. Sesal !!. Ini didunia.

Ketika muda tidak bertaubat !. Setelah letih tak bermaya kerana berpenyakit kronik dan tua baru bertaubat, muncul penyesalan kerana tidak berubah bertaubat ketika waktu gagah muda. Walau masih bernasib baik, ada juga keSEDARan.

Walaupun sempat bertaubat ketika keadaan sedemikian, timbul rasa menyesal kerana terlajak, “rugi” timbul penyesalan.

RBS 10.9 jam 12:27 tgh malam

KEBANYAKANnya, jika sesuatu yang buruk dan merugikan berlaku kepada kita, muncullah penyesalan. Itulah kita !!

PERLU DIFAHAMI, bahawa penyesalan adalah suatu yang positif. Dengan adanya penyesalan yang tersalah langkah dari sudut nilaian agama maka ia suatu kebaikan.

FBS 8.9 jam 6:50 pagi.

RBS 13.9 jam 7:46 malam.

RBS 13.0 jam 1:10 pagi Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *