

5 RABI-‘UL-AWWAL 1443 ~ SELASA ~ 12 OKTOBER 2021.
BILA memperolehi pertolongan ALLAH, maka MANTAPlah keHIDUPan dan perjalanan jauh menuju RABBINA. Tiada kesukaran, keluh kesah, sempit dada dan bingung fikiran serta melenting tidak tentu pasal.
Yang dikehendaki ialah kemudahan dan kesenangan untuk melakukan keTAATan dimana dan diketika mana pun. Samada diketika berseorangan atau ketika ramai dimana saja.
Kerana pertolongan ALLAH SWT itu mahal nilainya maka sebelum datang atau memiliki pertolongan ALLAH maka hamba perlu penat dan susah berkorban terlebih dahulu.
Penat menghadapi dan berdepan dengan ujian adalah lumrah perjalanan menuju RABBINA. Ini perlu diharungi dan dirempuhi dengan yakin.


“walaupun cantik disukai didunia tak semesti bernilai tinggi disukai ALLAH diakhirat nanti”

Tempat telah strategik dan menarik. Ditengah pusat bandar dengan persekitaran yang menarik. Suasana dan landskap yang dibina dengan pokok besar mengindahkan kerlipan warna warni lampu. Tapi sayang, tiada produk yang menarik yang menjadi daya tarikan.
