


Sedih ! UMNO bergaduh berpecah lagi sesama sendiri. Soal berbeza pandangan itu boleh diterima. Berbeza ! Sebab ada idea. Tapi berpecah dan sesama sendiri itu yang sedihnya !.
Kita MUSLIMIN patut bersatu walau dalam masalah apa perkara pun. Tiadakah idea bahawa kita MUSLIMIN sekarang berada dalam ujian pendemik perpecahan MUSLIMIN MELAYU ?.
Lemah sangat pendirian dan wawasan. Kita dengan sendiri gagal mendidik MUSLIMIN dan bangsa kita, generasi baru. Bererti, jauh sama sekali dari kebolehan berbuat sesuatu kebaikan untuk AL-ISLAM dan bangsa serta negara. Perpecahan membawa kelemahan dan kegagalan !!

FBS 8.4 jam 7:30 pagi ini. Kerana ambil buah khurma 2 biji pada jam 12 tgh malam. Tak makan perut berdendang sayang !. Layan.

Ditengah2 bandar Kota Bharu. Jalan Dato Pati. Depan Bangunan PAS. Asalnya bangunan Hotel Murni. Bertukar ke Hotel Ansar.

Selepas tiada Hotel Ansar disini, sepi. Maksudnya tiada perniagaan apa pun. Hotel atau pejabat sudah tiada lagi. Sudah banyak tahun !. Semuga ALLAH SWT merahmati mempermudahkan urusan pihak yang terlibat untuk keberadaan berfungsi bangunan cantik ini.


Dihadapan bangunan inilah MEDAN ILMI. Kerana ujian pendemik COVID-19 maka kuliah ilmu terpaksa ditangguhkan. Gedung Jaafar Rawas gagah dibawah Bangunan PAS Kelantan.

Bawah : Di perkarangan Masjid Jamek Kampung Kolam., kampung saya. Tempat ambil wudhu’

Masalah kita tidak seberat masalah di AFGHANISTAN.

Ramai yang tiada tempat tinggal di Afghanistan. Tinggal dalam khemah. Sedih ! kasihan melihat anak kecil. Celik mata, membesar dalam ujian getir hebat. Bagaimana jika tiada ibu bapa ?. ALLAH SWT tetap ada dan membantu

Puluhan tahun dalam peperangan. Kuasa besar Rusia nak menjajah , menguasai Afghanistan. Amerika juga demikian. Kesimpulannya, kedua kuasa besar itu kalah di AFGHANISTAN.

Bagaimana masa depan ?. Ilmu agama dan ilmu moden perlu diketahui untuk keHIDUPan dan keAKHIRATan.

Tahniah Kerajaan Qatar yang telah kedepan berkorban membantu Afghanistan. Lapangan terbang Kabul kini dibaik pulih dengan bantuan Qatar.
Bagaimana negara ISLAM yang lain ? Telah tahu dan sentiasa memberitahu dan akan bertambah pengetahuan bahawa “orang beriman itu bersaudara”. Kita bersaudara namun walau bersaudara, tak boleh buat apa. Persaudaraan kita telah diberkas oleh ikatan jahiliah moden. . Pemimpin ISLAM hanya “oh i seee”, “sorry”. Semua bertaraf buih diatas aliran air beracun “sekular”…. kebendaan.


ATAS : RBS 9.2 jam 2:23 petang
