ان شاءالله… APA saja yang kita hendak lakukan atau sesuatu yang dalam perancangan, tidak kira urusan apa pun asalkan ianya urusan yang HALAL khususnya dalam urusan kerja kebajikan keAGAMAan kita mesti lalui asas kukuh siri-siri peMAKLUMan, pengADUAN RESMI dengan sebaik-baiknya kepada ALLAH SWT.
Secara ilmu dan adabnya kita mesti bermunajat kepada ALLAH SWT. BerMOHON kepada ALLAH SWT semuga ALLAH merahmati memudahkan urusan kita.
Gunakanlah masa yang terbaik untuk bermunajat. Masa yang tertakluk dengan masa dalam setahun pada hari wukuf di Arafah. Jika diri sendiri tak dapat ke Mekah, berpesanlah kepada sesiapa yang hendak ke Tanah Suci Mekah supaya “tolong doakan saya semuga ALLLAH permudahkan urusan saya” untuk sekian-sekian.
Atau carilah waktu lain yang dikira waktu mustajab !. Kita sendiri lakukan diketika dan masa yang terbaik sebagaimana yang dimaklum dalam firman ALLAH dan telah diamalkan oleh RasuluLLAH SAW iaitu pada bulan Ramadhan serta sepuluh akhir Ramadhan.
Tidak terkecuali dengan kelebihan hari Jumaat pada setiap minggu. Setiap pagi hari pada waktu sahur dan selepas asar. Itu diantara waktu terbaik untuk umat ini.
Tidak beradab dengan ALLAH SWT. Menuntut dan mencari keredhaan dan rahmat NYA tetapi tidak memaklumkan urusan kepada ALLAH SWT dengan segala rendah dan hina kelemahan dan kekurangan diri.
_________________