BERHAJATKAN PETUNJUK

Sesungguhnya kita tidak mempunyai apa pun pengetahuan tanpa anugerah PETUNJUK fan PANDUAN dari RABBINA.  Anugerah ini kita mesti fahami dengan sempurna.

Kita percaya dan berpegang teguh bahawa. ALLAH SWT Yang  Maha Mengetahui segalanya. ALLAH  SWT Yang Mengajar kebenaran.

Sejarah kita, bermula dengan Nabi Adam ‘Alaihis Salam yang diajar oleh ALLAH SWT akan “sekelian nama” sehingga Adam AS dapat mengenal dan terbukti dapat menyebut nama setiap apa yang dibentangkan kepada baginda.

Nabi Muhammad  SAW diperintahkan  dengan “bacalah”, tetapi baginda menjawab  dan mengakui bahawa baginda tidak boleh atau “tidak pandai membaca”.   Sehinggalah baginda   diajar oleh ALLAH SWT. 

KeFAHAMan ini boleh didapati jika kita memahami tentang Surah al-Alaq ( Segumpal darah ), surah yang pertama yang diturunkan  kepada baginda RasuluLLAH SAW.

Kita patut belajar tafsir al-Quran.

Malaikat, bila diperintahkan ALLAH supaya menyebut nama apa yang dibentangkan mengakui  dengan ucapan “Maha Suci ENGKAU, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah ENGKAU ajarkan kepada kami ; sesungguhnya  ENGKAUlah Yang Maha Mengetaui lagi Maha Bijaksana”

Jelas terbukti berdalil nyata bahawa tanpa pengajaran dari ALLAH SWT kita tidak mempunyai apa info dan ilmu. Dan sesungguhnya  kita amat memerlukan  PETUNJUK dari RABBINA. Sesungguhnya  KEBENARAN itu dari ALLAH. Kita mohon berlindung  dari ALLAH akan keberadaan sifat buruk meragui kebenaran dan menolak kebenaran.

ATAS : RBS 7.1. Jam 11:33. sebelum tidur. Cucuk LEVEMIR 26 unit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *