~ SABTU ~ 5 MUHARRAM 1443 / 14 OGOS 2021 ~
Perubahan yang berlaku didepan kita jangan memberikan kesan negatif kepada diri kita. Jangan merosakkan hati dan minda kita. Tak kira ! …dalam perkara apa, dalam perkara politik atau kesihatan diri kita. Lihatlah dalam perkara apa pun !!.
Hari ini, kali pertama saya sebut, sentuh soal politik. Sebab nampaknya akan berlaku perubahan besar dalam sehari dua ini.
Bagi saya, perubahan dalam politik boleh dipadang negatif itu jika perubahan politik dan pentadbiran Malaysia ini melibatkan DAP. Dengan maksud jelas, jika DAP kembali berada dalam struktur dan susunan pentadbiran negara.
Ini pandangan, pengamatan dan kefahaman saya dari sudut pandang seorang MUSLIM dan Melayu secara saya.
Tidak ada untungnya kepada Muslimin dan bangsa Melayu jika DAP kembali dalam pemerintahan, malah merugi dan merosakkan negara dan bangsa Melayu.
Cuma boleh bersangka baik, jika DAP memerintah maka MUSLIMin jadi banyak kerja. Banyak kerja jika menentang ( membangkang ). Jika bekerja menolong dan membantu DAP maka merugi dan merosakkan.
Kerja menentang DAP berpahala dan kerja menyokong serta membantu DAP boleh dosa walau sedikit !!.
Paling sikit dosa kerana menyokong dan bersama mereka yang tidak beriman dengan لا اله الا الله dalam keadaan adanya mereka yang beriman, saudara seaqidah ada untuk disokong dan dibantu.
Ini belum dikira lagi apa yang DAP buat !!. Selemah-lemah orang beriman, jika mereka salah dan silap boleh diperbetulkan dan diislahkan dengan hujjah al-Quran al-Hadith dengan لا اله الا الله.
Maka hiduplah hubungan kukuh dan pergantungan keAQIDAHan dan keTAUHIDan dengan ALLAH dan mereka berpotensi berubah serta membuat pembaikian kerana ALLAH.
Mereka dan kita MUSLIMin jadi sama2 mengABDIkan diri. ان شاءالله.
والله اعلم
Hanya satu point saja !!
14/08/21………………………………….
1) FBS ~ 5.4. Jam 7:20 pg
2) RBS ~ 6.1. Jam 2:54 ptg.
3) RBS ~ 10.5. Jam 7:50 malam. Petang ini gagal kerana RBS 10.5.