BINA DIRI “1”

KHAMIS – 3 MUHARRAM 1443 / 12 OGOS 2021.

ان شاءالله… kerja kita selaku hamba, manusia yang lemah yang sentiasa berada dalam peperiksaan, ujian dari ALLAH SWT.

Kerja penerusan pembinaan [ hakikat sebenarnya adalah pemulihan dan pembaikian ] zahir dan batin. Zahir yang dimaksudkan disini  ialah tentang kesihatan diri. Ia hendaklah menjadi  suatu keutamaan kerana  ada kaitan rapat dengan perjalanan kebatinan kita.

Walaupun usia telah berada diwaktu asar. Kita mesti kukuh bina diri  dalam waktu asar ini dengan sebaik2 mungkin pengisian dan penjagaan. Rapi !! Tanpa terbiar kosong terlalai atau terabai. Ketika kita boleh faham lagi hal keadaan kita.

Mungkin jika lewat lagi tinggi risikonya.  Sukar mengawal  diri.  Kita perlu serentak dengan penyediaan pembinaan terancang yang dicadang dari pandangan pihak luar atau pakar kesihatan. Kita tidak boleh berfikir secara kampungan tak mahu rujuk pakar kesihatan.  Yang pasti kita tak boleh pisahkan diri dengan kepakaran yang kita ragui itu. Bila sudah teruk kesihatan kita, “terpaksa” terima juga !! “masuk ward” !!!

Jika zahir kesihatan lemah. Dibimbangi akan membawa kepada kelemahan pengisian dan perangai batin. نعوذ بالله من ذلك  “mohon pertolongan ALLAH SWT dari keadaan sedemikian”.

Atas : FBS 5.6. Jam 6:30 pagi.

Semuga tidak HYpo dijalanan. Pagi ini appointment ambil darah di KRK HUSM

ATAS : FBS 6.7. Jam 8:56 pagi. Di perkarangan parking HUSM. Selepas selesai lipid profile.

Pasal apa naik ? sedangkan tadi FBS 5.6 dan hanya makan PERINDOPRIL dan minum air kosong sebab nak”ambil darah” lipid profile pagi ini ?

Mesti ada sesuatu yang tak kena dalam badan !  ..

Selesai ambil darah pagi ini. Makan buah khurma 4 biji. Selepas cucuk NOVORAPID 12 unit.

Semuga ALLAH selamatkan kita semua..ان شاءالله

ان شاءالله… datang lagi Khamis depan ( 19 Ogos ). Nak ke UMK pulok.

TERIMAlah vaksin dengan tenang beserta tawakkal dan doa kepada ALLAH SWT.  Jangan terpengaruh terikut terjebak dengan golongan yang menentang kerajaan. Jangan terperangkap dengan mereka yang tak sebanyak mana info tentang vaksin. Jangan terikut dengan lupakan kaedah bahawa kita sudah tidak berdosa menerima ikhtiar dengan vaksin ini. Ingat !! syaitan juga  berperanan menimbulkan keraguan kepada setiap usaha, kerja, cara yang termasuk dalam kategori halal dan sah !. Akhirnya syaitan nak rasuk supaya persalahkan kepada ALLAH SWT !!.

Sampai di persekitaran Kampung Tangok, nak cari nasi bungkus di Kedai Nasi Pohon Teraje, Tangok. Eii …! 2 kali dah anak dara Jepun ni lalu depan mata !!!. Kene wei…

Selepas hampir 2 jam. Tadi di HUSM FBS 6.7. Makan khurma 2 biji. Result hampir 2 jam ( kini di Tangok, Bachok ) 4.2. Terus makan khurma 3 biji. Jika tidak HYpo.

Terima kasih kepada “adik misi” (  saya sebut “adik misi” sebab kalau sebut “kak misi” jadi “tua pulak !!! “. Adik misi yang layan saya tadi !!  Bertambah info untuk jaga dan bina diri ان شاءالله. Hanya ALLAH SWT yang membalas jasa baik. Payah untuk stabil pengawalan dibetes ni !!

ATAS : Pohon teraje Tangok.

BAWAH : Pohon teraje Tangok.

Atas : RBS 6.1 jam 2:30 petang. Makan tengahari dan cucuk insulin 12 unit

Bawah : RBS 7.6 jam 6:30 selepas 4 jam

ATAS : RBS 7.6 jam 6:30 dan

BAWAH : RBS 4.3 jam 8:40 selepas 2 jam. Lalu, bimbang HYpo kena buat sesuatu, khurma. Benar maksud dan keFAHAMan dari hadith RasuluLLAH SAW, saranan  supaya “simpan buah khurma dirumah” kerana “orang yang simpan khurma atas rumahnya tidak akan kelaparan”. صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم.  Saya, tidak akan HYpo. RBS / FBS 4 tidak HYpo lagi. 2 tentu !!! نعوذ بالله من ذلك

BP 89/65/56. Saya yang tak tentang ini “terasa rendah” ni. Diri kini, rasa hanyut !!. Nak makan ATORVASTATIN, nak cucuk LEVEMIR. Boleh rehat !!!.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *