KHAMIS
18 Julai 2021
Bersyukur dengan apa yang ada ini. الحمدلله. Yang tidak diminta dan tak disangka keberadaannya disisi kita. Banyak sekali hal sebegitu disekeliling kita. Asasnya sama.
Bersama sedikit nikmat yang diterima, perlu dijaga dengan hati yang bersih untuk elakkan lupa dari “bersama ALLAH”.
Dalam keadaan bersyukur dengan apa yang ada, kita diizinkan ALLAH SWT boleh minta lagi dengan NYA apa yang dirasakan tiada atau dikira perlu untuk kita. Itulah baiknya Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang.
Bermohonlah apa saja dari RABBINA dan niatkan baik2 setiap yang didapati, dianugerahi itu akan disuburkan dengan kebajikan.
Yang penting dalam setiap pergerakan tidak terlepas dari niat dan penghayatan, ucapan serta pegangan :
Malam tadi, 9:30 sebelum tidur “meter” RBS 8.2.
Cucuk insulin 19 unit terus tidur.
Pagi ini.
FBS 6.2.
Susah untuk dapat FBS 4 atau 5 setiap pagi. Terlalu amat bergantung dengan apa kegiatan dan pemakanan yesterday dan malam tadi.
Pagi ini daftar …..
Tengahari … 2:25
Setelah beberapa kali guna, jarum perlu ditukar kepada jarum yang baru. Jarum boleh tumpul juga, pada hal diguna untuk cucuk diperut atau dipaha atau dilengan bahu. Tiada yang sempurna sebab dicipta oleh manusia yang juga tidak sempurna.
Alkohol bahan untuk jaga kebersihan….
Sejak AFJunduLLAH keasrama, 2 beradik AFSolehah dan AFMardhiyyah berhubung rapat.
Gelagat budak sekarang…..
AFMardhiyyah ( Ain ) datang minta nak Galaxy Tab. “Malam nanti Ain baca al-Quran” “Boleh ke abi” “Boleh, kalau nak baca al-Quran. Tengok Ain Sofea atau Hadi dan Huda boleh ?” Budak minta dengan elok, kuta bagi. Bagi pun dengan bersyarat. Tak boleh ikut suka, ..games ke !…kartoon dinasour karut tu !
Selepas cucuk insulin tadi, tak makan apa pun lagi, turun RBS kepada 6.2. Bila turun begini, boleh makan sikit, tak makan HYpo pulak.
Atas, tulisan AFJunduLLAH. Tulisan lapuran surah yang di hafaz dalam masa cuti pertengahan Mei lalu hingga Isnin 3 hari lalu.
Kini di asrama meneruskan perjuangan penghafazan al-Quran.
” ان شاءالله ” احمد فتحان جند الله… akan jadi seorang al-Hafidz nanti.
“Ya ILAHI, ya RABBI bantulah, mudahkan AFJunduLLAH untuk hafaz ayat2 suci al-Quran… ان شاءالله … 2
Tengahari …./ Petang 2:25
RBS 13.8
Cucuk insulin 14 unit kemudian minum susu debu campur coacer oat dan 2 biji buah khurma, sekarang RBS 6.2
( gambar bawah )
Sebelum makan malam hari ini.
RBS 8.0 jam 7:52
Makan nasi secawan beserta sayur air sawi. Selepas makan “gomo” makan biskit cream cracker 4 keping “cicoh” celup air susu.
Cukup makan untuk malam ini.
Minum ubat Homeopathy 10 titik.
Selepas sejam lebih cucuk insulin 20 unit
Gambar bawah
RBS rendah
Makan khurma 4 biji.
Isu negara hari ini.
Tanah bukit hak milik Kerajaan Pahang yang dicerobohi penanam durian musang king.
Ada video yang dilihat dari YOU TUBE
Sejak bila ? Siapa terlibat ? Kenapa Cina penanam begitu yakin mempertahankan tanah bukit ini. Padahal mereka tahu itu semua tanah Kerajaan Negeri Pahang.
Sejauhmana Kerajaan Pahang bertindak menangani isu ini ?
Bila ditanya. Saya bersahaja menjawab.
Walau hanya seorang yang “like”. Saya telah “bekerja”