TerPAKSA

KHAMIS
1 July 2021

Pagi, nak melangkah keluar rumah. Depan pintu tengah. Ada tetamu menunggu. Jiran sebelah agaknya tidur di atas kerusi rehat saya diatas tangga ruang tengah. Biasanya dari atas kerusi itu saya campakkan makanan untuk jiran ini. Kesian !!


Kerana makan 3 biji khurma jam 11 malam tadi. Biskut 4 keping. Walau cucuk insulin 18 unit, naik tinggi juga. Nak elak HYpo malam tadi jafi pagi ni FBS tinggi.


Kedua diatas adalah pada jam 6 pagi tadi.
Terus ambil Perindopril sebiji dan cucuk insulin 14 unit.

Bila cucuk insulin 14 unit utk “cover” FBS tinggi pagi ni, lambat makan jadi HYpo pulak.

Penyelesaian, ada khurma. Khurma “no problem”. Terpaksa ambil “tahi itek” dalam peti keluaran Mok Cik Za Kedai Ketereh semalam. Bahaya dan sangat tak elok bagi saya. Tahi itek tu kolesterol pulak.

Buah khurma, mesti ada dirumah kita. Walau bukan untuk layan HYpo pun. Hamba ALLAH yang sihat perlu sukakan khurma. Bagi orang HYpo, 3 / 4 biji khurma dah cukup untuk pulihkan HYpo pagi ini.

10:30 pagi. HYpo pagi2 lagi. Meletihkan dan juga rasa pening kepala.

Nasib baik ada khurma tu. Pasal khurma ni, selain boleh membantu ketika HYpo sememangnya khurma sedap. Terutama khurma jenis “sukkari”. Teringat masa belajat di Mekah dulu, selalu beli khurma di Mart Amoodi dekat paip ambil air zam-zam di Mudda’a. RM 25 sekilo. Sekarang selalu order dengan Syed Meor. COD, RM 20 sebekas.

Khurma, jangan hanya makan dalam bulan Ramadhan saja ! Atas tu “Sukkari”.

Jam 11 ke Ittihadiah Tanjung Pagar.

Kehadapan ke Ketereh


Projek Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai. Nampaknya sentiasa berjalan walau tidak rancak.

Sampai di Simpang 4 Ketereh. Apa masalah di tiang mercu tanda Ketereh ? Pada tulisan ada nama ,الله dan محمد tapi tidak dicat huruf. Dari jarak tertentu tak boleh dibaca kerana warna sama.. Antara tiang, freme dan huruf semua cat putih. Meninggalkan kaedah tulisan seni khat yang untuk dibaca umum.

Tiang pintu gerbang untuk ke Tanjung Pagar, Serendah, Kemubu terus ke Salor.

Kawasan yang sibuk ini sepatutnya didahulukan pembangunan. Ada fly over khas sini untuk Jalan Kota Bharu Kuala Krai. Diperluaskan khusus sehingga Balai Polis Ketereh perlu di bina baru. Tidak sesuai lagi berada disimpang 4 ini.


Surau ITTIHADIAH Tanjung Pagar yang sudah sampai masanya untuk di pindah dikawasan lain. Keberadaan surau ditempat ini adalah cukup sesuai pada pertengahan tahun 60 dan dibawa ke tahun 70 an. Kini perlu di pindahkan ke kawasan depan ditapak baru. ان شاءالله.

Masuk ke kawasan ITP. Guru bertugas, sahabat saya Cikgu Azrul dan Cikgu Ci menunggu di area “pemastian SOP”. Terpaksa ikut arahan kerana wajib jaga diri untuk ke Pejabat ITP ambil soalan peperiksaan anak, AFSolehah darjah 4

Sampai dirumah jam 1 tgh. Selesai urusan ambil soalan peperiksaan anak.

Teringat kepada Cikgu Azrul di ITP. Ada urusan yang belum selesai dengan dia. Lalu wasap dan hantar gambar masa wasap dgnnya.

Jam 6 petang, nak tengok “gula” kesan lepas makan tengahari tadi.

Tinggi. Tinggi yang menakutkan. Lalu, kena turunkan walau sikit. Urusan membersih “taman herba” temu boleh diteruskan walau jam 6 petang. Suruh anak AFSolehah ambil gambar.

Malam buat “kejutan” kepada AFJunduLLAH. “Baca Surah Kahfi, jangan tengok mushaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *