PANTAU detail

RABU
30 Jun 2021

Hari ini, ( sekarang jam 1 pagi ) hati rasa tenang. Fikiran tak terganggu kerana “penyakit berdebar” tiada.

Tidur awal tadi, jam 9:30 mlm. Selepas mengajar al-Quran AFJunduLLAH dan AFSolehah terus rebahkan belakang. Tak lupa telan Atorvastatin 20 mg 2 biji. Terus tidur.

Bangun jam 1 tgh malam. Tengok “gula”. Macamana keadaan ? Belum maghrib ( baca Selasa “kelmarin” pun yg juga ) tadi makan nasi goreng sikit.
Nasi goreng carrot yg digoreng tanpan minyak.

Makan bersama anak ; AFRabbani, AFJunduLLAH, AFSolehah dan AFMardhiyyah. AFMujahidah di MTAQAT. Baru daftar Ahad, (27 Jun) lepas.


“Gula”, 9.6. Lalu makan khurma sebiji dan cucuk insulin 20 unit.

Air rendaman misai kucing ada yang belum diminum. Jam 2:10 pagi tidur semula. InsyaALLAH akan bangun jam 4;30 pagi. Semuga ALLAH SWT bantu mudahkan “urusan berat” untuk bangun masa yang disebut itu.

Saya sambung tulisan pagi ini ; 30/6/2021 -rabu, dengan…..
1) Jam 6:39 pagi – … tengok “gula” sebelum makan
– FBS ; 3.7.

2) Tengok BP

Tertanya2, pasal apa bacaan atas tinggi ?.

Hantar wasap kpd Dr KC.
Tak dijawab.

3) Terus ambil sebiji ubat Perindopril 4 mg.

4) Selang beberapa minit ambil supplement minyak Sacha Inchi.

Bimbang takut HYpo pagi lagi, ambil buah khurma 2 biji.

Tengok dalam masa setengah jam berapa “gula” naik ?
( Saya akan sambung..up date )
ان شاءالله

Sambung…
5) 8 pagi saya ambil sebiji Prebiotik ….. untuk kebaikan usus.


Sebiji pagi dan malam sebelum makan.

Pagi ni ada sahabat hantar ….

Info seumpama ini penting, terutama untuk kebajikan dan khususnya ketika kecemasan. Mereka telah berperanan menyebarkan dan tindakan telah pun dilakukan.

Isu negara sekarang. Ada rakyat bunuh diri kerana terdesak tekanan jiwa ni yang dikaitkan dengan wabak COVID-19 dan “dikurung” PKP. Kerajaan tidak bantu dan bantuan tak cukup !

6) 9 pagi, selepas 3 jam …RBS.

Sebelum cucuk insulin… 5.5.

Cucuk insulin pulak … 12 unit untuk pagi.

Dan akan makan Coaker Oat 3 sudu. Kena makan apa lagi ? …biskut, khurma 2 biji dan air susu NUTRI BALANCE keluaran “biovita”

Tin ..bekasnya. Saya selesa dengan susu ini. Sedap pun boleh laaaa….

Oppssssso terlupa makan Pantaprazole pula ! Biasanya sebelum makan pagi ambil sebiji ubat gastrik ni. Pantaprazole 40 mg

Gastrik saya sekarang berkurangan sikit. Ada juga menyucuk didada kiri dan kanan. Cuma kurang terasa walau selalu ada rasaannya.

Salah satu kesukaan. Minum susu cicah biskut. Pagi, tengahari dan malam. Biskit mesti ada. Kata seorang sahabat, tak baik juga ! Ada bahan dalam biskut yang tidak elok untuk pengidap dibetes.

Abang, AFRabbani goreng nasi pagi ini. Makan bersama adiknya AFJunduLLAH. Nampak sedap gorengan Cina ; ada telur tu !

Sedapnya nasi goreng anak muda !

Saya tak tertahan. Ambil juga 2 sudu.

7) Makan ubat lagi …

8) 3 jenis ;
Ini supplement yang diambil setiap pagi … hari


-Mecobalamin 500 …. sebiji pagi dan sebiji malam.


-Omega 600/300 ….sebiji pagi dan malam


-CQ10 150mg Plus.

8) Jam 1 tgh ; RBS …..3.9
-untuk elak Hypo makan khurma 2 biji dan minum air kelapa ori sebiji

9) Jam 3 ptg 11.3

Lepas cucuk insulin 12 unit untuk yg tengahari, makan laksa lemak yg dibeli di Pasar Ketereh tadi. Tak pernah makan sebungkus. Hari ini habis sebungkus. Bahaya juga, kuah lemak santan !

Di Pasar Ketereh tadi, beli akhbar HARAKAH. Dah baca HARAKAH on line, tapi dengan beli HARAKAH boleh beri sumbangan kepada PAS walau 10 sen.

Beli sekilo Sinar Harian, 10 naskah berharga RM 2.50. Sinar Harian tak yang tak laku.


3 petang, RBS 11.3. Tadi makan khurma 2 biji dan air kelapa ori ….. Tinggi juga ? sampai 11.3 ?

10) 6 petang.

11) Kerana tinggi lagi tu, kena keluarkan peluh sikit walau jam 6 petang.


Kawasan ini akan dibersihkan. Esok lusa jika tak ada halangan akan ada perubahan. Toksid boleh dikeluarkan dengan cara normal dan berkesan. ان شاءالله

12) Dekat nak makan malam, jam 8. Terasa lewat makan ni..

Makan nasi sesenduk. Cucuk insulin 12 unit.

13) Jam 10:30 malam.

Bila rendah sangat, kena makan sesuatu. Sebab kena cucuk insulin hijau tu. Waktu nak tidur pun sampai.
Makan khurma 3 biji dan biskut 4 keping untuk cucuk insulin 18 unit.
Tengok BP :

Bertuah jika dapat puasa Khamis esok.

PERINGATAN………..
Dua hari lepas saya ambil appointment dengan Klinik Rawatan Keluarga ( KRK ) HUSM. Saya akan sambung pada posting selepas ini.

Ini sebahagian dari PERJALANAN PERJUANGAN JIHAD MENUJU RABBINA hari ini.

والله اعلم

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *