Kita adalah sebahagian dari ibu, bapa dan adik beradik. Sebahagian dari “satu”.
Dalam “satu”nya adik beradik ini, menjadi kuat kukuh, senang dan tenang tenteram bila berSATU dikalangan sesama adik beradik dengan kebajikan, kebaikan dan kebaktian.
Apatah jika itu semua disertai keredhaan, kesukaan dan kerelaan ibu dan bapa.
Makanan seberkas dikongsi bersama ketika kecil secara zaman kecil dan ketika besar tua saling kongsi ingat mengingat mengikat kasih sayang.
Secita sematlamat sehaluan adalah unsur kekuatan hubungan adik beradik yang diasas oleh kebenaran kefahaman ibu bapa.
Rasaan berbeza. Makanan sedikit dikongsi makan bersama. Makanan “dicatu” Yang satu dimakan, selebihnya walau yang telah dimakan oleh adik, kakak atau abang boleh meneruskan sisa makanan.
Ujian yang gagal diurus dikalangan adik beradik juga banyak berlaku.
Kebiasaannya ketika usia telah tua ialah tentang permasalahan pembahagian harta dan tanah pusaka.
Juga bila anak telah tua, ramai yang tidak pandai beradab dengan yang lebih tua lagi ; kepada kakak, abang, ibu dan bapa saudara.
Sikap dan perangai keras tanpa batasan sehingga melupakan siapa diri.
Perkara seumpama ini perlu sangat dijaga dengan hati-hati.
Jika tidak jaga, rosak hubungan. Semuanya perlu kepada ilmu, faham dan iman. Tiada gabungan ketiga itu maka boleh terjejas hubungan baik.
والله اعلم
Sekian
Terima kasih.
Saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG
Masjid UTHMANI Kampung Kolam,
16400 Melor, Kota Bharu,
Kelantan DN
Hp 013-9976499
Saudara ku.
Saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI, ingin meMAKLUMkan disini bahawa saya dan pihak yang terlibat sedang mengumpul DANA untuk membina MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI.
Sukacita dimaksudkan bahawa jika anda ingin INFAQ fi sabiliLLAH, bolehlah disalurkan keakaun yang tertera.