KENANGan perjalanan lalu

Peristiwa dan kisah lalu adalah ilmu dan pengajaran. Samada untung atau positif. Negatif atau merugikan itu terpulang kepada siapa yang terlibat dan sejauhmana keterlibatan serta penghayatan juga pengamatan.

Namun perlu diinsafi, kadang2 suatu peristiwa itu bernatijahkan risiko. Ada bersifat buruk didunia tapi untung diakhirat.

Begitulah sebaliknya, ada yang untung dan positif didunia tapi amat buruk dan rugi diakhirat.
نعوذ بالله من ذلك

Semuanya berrisiko !. Terpulang kepada insan, apakah pilihannya u tuk melakukan dan mengakhiri sesuatu tindakan !

Persoalan, apakah yang menjadi matlamat sesuatu urusan ?. Cita2 dan kepuasan !. Cita untuk dunia dan kepuasan didunia atau cita2 dan kepuasan akhirat !

Nampaknya, cita2 tak tercapai. Kerja agama, program ISLAM jadi tammat tanpa tindakan muhasabah dan tindakan susulam
Maka, didunia tak dapat dan diakhirat pun kosong !

Masjid tidak berfungsi sebaiknya. Ia adalah bukti, hasrat untuk jadi pemimpin tak dapat. Kepimpinan gagal !

Adakah dengan dapat menyingkir seseorang itu suatu kepuasan bila yang diharapkan itu gagal ?

Setakat itulah kemampuan dan peranan saya. Tidak perlu saya mempersalahkan sesiapa.

Musuh kita bersama adalah syaitan laknatuLLAH. Dengan keadaan ini, syaitan isytihar bahawa mereka berjaya memecahkan kesatuan dan kerjasama. Mereka berjaya !

Saya harus balik kepada asal. Tidak patut mencari mudharat !.

والله اعلم
Terima kasih


FIKRI BIN AWANG
Masjid UTHMANI Kampung Kolam
Melor 16400,
Kota Bharu, Kelantan DN
Hp : 013-9976499

Saya, sebagaimana nama dan alamat diatas sedang merancang untuk membina MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI. Masjid UTHMANI telah siap.
Kini sedang mencari dana asas untuk membuka current acaun untuk pengurusan pembinaan madrasah yang dicitakan.

Doakan kejayaan saya dan bantu lah demi ISLAM tercinta. ان شاءالله.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *