BANCI penduduk

RABU
17 March 2021

Kini, hampir solat asar, sampai seseorang diperkarangan rumah.

Saya tangguhkan perjumpaan ke pukul 5:15 selepas asar. Saya fahamkan dia bahawa saya nak ke masjid untuk solat asar

Katanya, “banci penduduk”. Saya memahami “dari Jabatan Perangkaan Negara ? “. “Ya”, katanya.

Lepas asar, 5:45 petang balik dari masjid, beliau telah ada dirumah. Saya ajak keruang tangga tengah.

Berta’aruf sikit. Sebab sekarang ramai menyamar. Saya katakan, “,tidak mengaibkan saya minta pengenalan diri dan tidak kasar saya yang meminta”.

Sesi soalan untuk saya ;
1) Nama dan ic saya dan isteri… 2) Jumlah isi rumah tak termasuk yg tinggal diasrama…
3) Umur penghuni rumah…
4) Pendapatan saya dan isteri…
5) Pekerjaan…
6) Penyakit yang dihidapi saya dan isteri…
7) Pendidikan yang diterima saya dan isteri…
8) Status rumah (sendiri/sewa )…

Dalam keadaan hati rasa nak “bergaya”, setelah mengenali pembanci ini, saya menghubungi seorang “orang tua saya” di Kampung Parit, Tiong. Jika pembanci ini “menyamar” tentu dia akan teragak2 kerana saya mengenali orang dikampung beliau.

Begitulah, saya kena hati-hati dalam dunia hari ini. Katanya, pemBANCIan ini tamat pada June nanti.

Saya lihat tiada promosi besaran dari pihak kerajaan tentang bancian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *