RABU
3 March 2021
Perjalanan kita ini, ada sistem, jadual dan ketetapannya. Perjalanan yang baik ini mesti berasaskan hukum dan ketetapan ILAHI iaitu keutamaan melakukan yang wajib dan sunat.
Juga kita mesti memahami bahawa adanya keutamaan kita menghindari diri dari terjebak dan terperangkap dengan yang haram dan makruh. Manakala yang harus adalah terpulang kepada pilihan peribadi dengan melihat kepada kepentingan dan keutamaan serta maslahah keugamaan.
Untuk menjadikan peribadi kita sentiasa membuat keputusan dan tindakan yang tepat mengikut susunan keutamaan pada sudut keagamaan maka peribadi insan memerlukan ilmu sebagai panduan.
Justeru, peribadi MUSLIM mesti “mengetahui”, yakni berilmu. Ilmu utama ialah ilmu fardhu ain. Untuk meningkatkan kebaikan, peribadi MUSLIM mesti kalahkan nafsu buruk dan mesti menangkan nafsu baik. Pengolahan untuk perlaksanaan kebaikan ini mesti berlakunya suatu pertembungan.
Dalam pertembungan inilah berlakunya MUJAHADAH, yakni JIHAD melawan nafsu dan nafsu buruk atau jahat itu mesti dikalahkan. Pahit ketika mula bertembung melakukan perlawanan itu. Namun manis setelah menang dan berjaya. Kemuncak kejayaan ialah istiqamah melakukan kebaikan. Mujahadah berterusan dalam kehidupan.
Mujahadah itu pahit pada mulanya tapi manis diakhirnya.
Mujahadah untuk menghindar makan yang berlemak.
Diatas adalah keadaan bacaan kolesterol pada 7/12/20 yang diikuti dibawah 18/12/20
Kemudian, yang terakhir semalam, gambar bawah
Apa pandangan anda tentang mujahadah ?
Saya edit disini. Last edited pada March 3, 2021. Namun hari ini saya tengok, cek kolesterol saya di LAUTAN Jelawat. Naik ke 5.0.
.
Saya akan mujahadah “ان شاءالله”
والله اعلم
Sekian, terima kasih.
Saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG
Masjid UTHMANI, Kampung Kolam,
16400 Melor, Kota Bharu,
Kelantan DN
013-9976499
Dari INFO ini, jika anda ingin berINFAQ bolehlah menghulurkan sumbangan untuk pembinaan MARDASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI atau pengurusan MASJID UTHMANI melalui akaun diatas. Dan jika ingin INFO selanjutnya bolehlah hibungi saya dgn nombor hp yg tertera. “ان شاءالله”