ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui keadaan hamba ciptaan NYA tak terkecuali. Proses mendidik dan memulih hal keadaan hamba NYA sentiasa berlaku mengikut ketetapan kebijaksanaannya.
Ujian terhadap kita sentiasa bertukar silih berganti. Kita yang mengenali ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Menguasai Maha Memerintah sekelian alam menerima jua konsep ujian dari ALLAH dalam kehidupan ini sehingga kematian kita pun suatu ujian !
Kini kita dikunjungi suatu wabak yang dikenali sebagai COVID-19. Dikatakan wabak ini berasal kemunculannya di Wuhan, China.
Peringkat pertama ramai menunjukkan reaksi mengatakan wabak ini sebagai balasan kepada kerajaan China atas kezaliman mereka keatas orang ISLAM dinegara itu.
Kematian dengan jumlah yang ramai adalah suatu kesepatutan kepada mereka. Ramai yang mati di China dari golongan rakyat bukan ISLAM yang mengundang Presiden China berkunjung ke masjid rakyat China dan memohon supaya orang ISLAM berdoa untuk keselamatan bersama.
Masa berlalu, wabak makin serius dengan jangkitan dan kematian. Dunia semakin panik dan cemas. Ketetapan dan pengakuan bahawa COVID-19tiada ubatnya lagi sehingga kini menambah ramai yang gusar dan risau menghadapinya.
WalLAHu a’lam
Terima kasih