——————————————–
AHAD
٨ شوال ١٤٤١
8 Syawal 1441
31 Mei 2020
——————————————–
Tangga tengah, rumah peninggalan ayahanda.
Dari tangga tengah ini, boleh rasa angin segar dari Timur dan angin kipas dari atas rumah sambil melihat ke kedai Aziz Noor banyak memunculkan idea baru.
Disini ; boleh berehat, pandang keluar menyedut udara segar dan turun kebawah boleh membakar, merumput…. keluar peluh mengeluarkan toksid.
Berhampiran tangga tengah ; ada sedikit perancangan mewujudkan “taman herba”. Telah tanam ; temu lawak, kunyit, halia dan kunyit hitam.
Kata seorang ahli perubatan traditional, “pokok ni boleh jadi herba penawar darah tinggi”. Tumbuh bukan dengan perancangan. Lasak pokoknya, boleh tumbuh dicelah simen dinding.
Suka melihat pokok ni. Kehijauan dan kekuningan segar ceria.
Yang banyak menolong saya kesana sini.
Ditangga tengah, ada 2 rak buku. Saya sendiri meletakkan bahan bacaan ringan disini ; IMPIANA, ANJUNG SERI, NOVEL dll…dan buku komik anak2 ; Ana Muslim, Travelog dll.
Telaga yang digunakan sejak 1974. bererti 46 tahun. 46 tahun usia rumah peninggalan ayahanda bonda ini.
Air telaga menggunakan enjin untuk kegunaan seharian.
Kerusi simen untuk rehat selepas penat merumput
Diruangan tempat jemuran kain ada pokok herba ulam “burung tengek” dan temu.
Untuk keluar. Kelihatan rumah jiran terdekat.
Bendang sawah padi. Dulu terkenal dengan Bechaj Bunut. Kini jadi Ladang Merdeka Kampung Kolam. Yang terletak dibelakang rumah saya. Kelihatan jauh bukit yang namanya Bukit Jawa. Sejauh 5 kilo dari Kampung Kolam dan hanya 2 kilo dari Pekan Selising ( dalam jajahan Pasir Puteh )
Taman TEMU
Dari atas kerusi rotan ini, pandang keluar dan rehat sambil baca bacaan.
Dari atas kerusi, pandang keluar, terhalang pandangan kerana diruangan tengah ini “maju” ; boleh untuk tempat rehat, menjemur pakaian dan tilam. Manakala dibawah anak2 bermain.