———————————————–
KHAMIS
٥ شوال ١٤٤١
05 Syawal 1441
28 May 2020
الحمدلله
Syukur dengan segala anugerah الله kepada kita. Salah satu nikmat anugerah الله ialah kesihatan yang baik.
Ingat !, sihatnya kita ini kerana الله anugerahkan sihat. Ini menjadi pegangan dan keimanan kita selaku MUSLIMin. Sebab itu perlu kita syukur pada الله.
Semuga dengan kesyukuran kita pada NYA, kita dianugerahi, tambahi kesihatan bertambah baik. Tidakkah kita mengharapkan kesihatan kita baik dan bertambah baik atau bertambah baik sehingga seterusnya baik ?.
Besarnya nikmat sihat.
Tujuan, untuk apa supaya kesihatan kita baik ?. Jawabnya, kita tidak boleh membuat tujuan lain. Kerana maksud hidup kita ini ialah untuk mengabdikan diri pada الله maka kesihatan yang baik itu adalah untuk digunakan bagi mengerjakan pengabdian sebaiknya.
Namun, الله sentiasa menguji hamba NYA dengan berbagai ujian untuk “diketahuinya” siapa dikalangan hamba NYA yang tetap baik dan istiqamah mengabdi bila ditimpa ujian dari NYA.