PAKSAkan keluar



———————————————-

٢ سوال ١٤٤١
25 Mei 2020
ISNIN
———————————————
Seharian 1 Syawal semalam, kita menyambut eid fitri. Tidak kemana-mana. Tidak menziarahi juga tidak diziarahi kerana PKPB.

Berada dirumah semata tanpa sebarang kegiatan. Kebetulan perut seperti biasa pada hari raya pertama, bermasalah berulang alik ke tandas.

Hari ini Isnin, 2 Syawal 1441 ( 25 Mei 2020 ) jam 9 hingga 10 pagi tadi, saya “paksakan diri” supaya keluar peluh dibawah sinaran mentari power vitamin D.

-tengok…basah t-shirt !.
Vitamin D amat penting untuk ketahanan tubuh, terutama pada ketika penularan wabak COVID-19 ini.

Saya telah sarankan kepada beberapa orang sahabat supaya korban masa dan “paksa ubah jadual” pagi, “keluarlah berjemur” sekejap dibawah sinaran cahaya mentari untuk top-up ketahanan badan !!

Perbezaan saiz cangkul serta ketajaman mata cangkul menjadi ukuran kelancaran kerja serta penggunaan tenaga.
Cangkul yang berada ditangan ini, kecil tapi matanya tidak tajam.



Mata kecil, terasa ringan tapi tumpul menjadikan kita menggunakan tenaga yang banyak. Penat !!

Kebanyakan orang kita rimas dan tidak seronok dengan peluh. Banyak kerugiannya bila peluh tidak diurus “paksa keluar”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *