1 SYAWAL 1441 H



——————————————–
١ شوال ١٤٤١
24 Mei 2020
1 Syawal 1441
Ahad
——————————————–

——————————————–
الحمدلله….
Syukur yg tidak terhingga kehadrat ILAHI.
Tahun 1441 H / 2020 M ini saya dianugerahi الله dapat berpuasa penuh tanpa “gangguan” ujian kesihatan.

Tidak seperti tahun lalu 2019 / 1440, disebabkan hypo terkesan dari dibetes, terpaksa berbuka 2 hari. سبحان الله

Jatuh hari ini, kita berhari raya عيد الفطري. Manakala sejak Februari lalu kita telah berhari-hari berPKP dan berPKPB berikutan ujian ILAHI, dengan wabak COVID-19.

Sedang berkhutbah eid-ul-fitri 1441 di Masjid Uthmani. Bermakmumkan isteri tercinta Hajjah Roslawati dan lima anak-anak tersayang dengan “penuh hati-hati” berpantang pergerakan, tiada “orang lain” atas masjid sebagai makmun.

Selepas solat dan khutbah isteri dan anak-anak bersalam dengan “boss” keluarga mereka.

Dimulakan dengan mama, ibu kepada anak-anak. Isteri bersalam dan mencium tangan mulia suaminya dihadapan anak-anak sendiri adalah suatu amalan mulia yang amat besar pengertiannya dalam hidup berkeluarga. Terkesan sampai akhirat !!


Khutbah yang hanya didengari oleh makmun keluarga sendiri.

Anak sulung AHMAD FATHI RABBANI


Anak bongsu AINUL FATIHAH MARDHIYYAH

Anak keempat AINUL FATIHAH SOLEHAH

Anak ketiga AHMAD FATHAN JUNDULLAH

Anak kedua AINUL FATIHAH MUJAHIDAH

Di Masjid Haram, Mekah

Terasa kesyahduan melihat suasana waktu solat Eid Fitri kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *