٣ رمضان ١٤٤١
ahad
26 April 2020
POWER Ramadhan dan power puasa.
Power yang nak dimaksudkan puasa membantu menguatkan daya daya tubuh atau anti body.
Saya dan mungkin saudaraku yang lain boleh mengatakan “bulan puasa rasa segar dan sihat”
Saya yang mengidap dibetes sejak 2003. Bermacam pengalaman dan rasaan dialami.
Tahun ini rasa sihat dari tahun lalu. Apakah ini kerana tenaga tidak banyak dilepas gunakan kerana PKP ?
Gambar RBS jam 12 malam tadi.
Gambar RBS pada jam 5 pagi tadi sebelum makan sahur
Gambar diatas pada jam 3 petang tadi.
Gambar diatas ialah ketika 5 minit sebelum berbuka tadi.
Selepas sejam makan berbuka puasa tadi.
Gambar diatas, insulin “NovoRapid”, saya suntik 12 unit pada waktu hendak makan 8 pagi, 1 tengahari dan 6 petang. Tapi bila berpuasa saya suntik waktu sahur 10 unit dan waktu berbuka 12 unit. Tengahari tak suntiklah.
Saya guna INSULIN sejak 2013. Dah berbagai jenis telah dibagi oleh pihak HUSM. الحمدلله.
Gambar atas, insulin Levemir untuk suntik waktu nak tidur sebanyak 30 unit. Insulin ini jika tak disuntik waktu nak tidir, pagi esok pasti FBS pada bacaan 10 atau lebih. Fokus Levemir ini untuk jaga gula 24 jam.
Puasa adalah anugerah الله kepada hamba NYA yang berIMAN.
Hakikatnya puasa adalah penyelesai masalah. Selesai masalah itu mahal harganya. Sebab itu, untuk puasa mesti dengan kekuatan IMAN. Hanya orang yang kuat imannya mengharapkan الله. Sebab itu puasa, balasannya الله sendiri yang membalas pahalanya.
والله اعلم
_____________________________
Dari :
Saudara anda dijalan ALLAH.
FIKRI BIN AWANG
Hp ; 013-9976499
______________________________
Saya, selaku Pengerusi Masjid Uthmani Kampung Kolam, ingin meMAKLUMkan bahawa Masjid Uthmani sentiasa memerlukan bantuan dana.
ان شاءالله boleh lah membantu.
Kesemua gambar yang dipaparkan menunjukkan, DEWAN TERBUKA yang berstatus BERANDA Masjid Uthmani.
insyaALLAH, selepas Ramadhan nanti akan dibina lantai dibawah DEWAN TERBUKA ini, ان شاءالله.
Nombor akaun atas nama resmi MASJID UTHMANI di RHB.