KeKALAHan memalukan PH

 

*******************************

SABTU

29 NOVEMBER 2019

*******************************

Kekalahan memalukan.  Itulah yang dirasai oleh mereka dari PH yang  adanya sifat malu.

Sejarah sejak dari zaman UBN  tidak  pernah berlaku pihak parti pemerintahan yang kalah teruk majoritinya dalam suatu pilihanraya kecil.

Majoriti besar 25,446 undi yang diterima oleh Dato’ Seri Dr. Wee Jeck Seng dari MCA yang mewakili BN dan MUAFAKAT NASIONAL adalah suatu kemenangan yang memberi pengajaran besar kepada pihak pemerintahan PAKATAN HARAPAN yang merasakan kukuh dan kuat itu.

Semasa PRU14, Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng kalah ditangan almarhum dari PBMM sebanyak 524 undi.

Jelas, faktor kemenangan PBMM dahulu seperti kemenangan disemua tempat dalam negara iaitu ketidakpercayaan kepada Dato’ Seri Najib dan kemeluatan kepada isterinya disertakan kepercayaan yang tinggi kepada PH dengan janji-janji yang memukaukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *