Kasihan kepada RAKYAT KELANTAN

7 RABI-UL-AWAL 1441 H

………………AHAD……………….

4 NOVEMBER 2019 M

______________________________

Salah satu bentuk kezaliman Kerajaan Pusat PH kepada Kerajaan Kelantan ialah soal tiadanya perluasan jalan utama untuk kemudahan rakyat Kelantan. Kezaliman ini sudah berpuluh tahun, khususnya sejak PAS menguasai Kelantan pada 1990 menjatuhkan BN dan kini diteruskan oleh PH.

Salah  satu jalan sibuk yang memberi kesan kepada RAKYAT KELANTAN ialah  sepertimana yang wujud di Pekan Simpang Pekan Melor menuju ke Pekan Ketereh.

Keadaan  seperti ini berlaku di banyak tempat di Kelantan. Di Simpang Ketereh-Kok Lanas-Kemubu-depan Balai Polis Ketereh dan lain tempat.

Disini trafik terganggu kerana dari Jalan Ketereh ini terdapat simpang atau jalan untuk menuju  ; (1) ke Bachok, (2) ke dalam pasar Pekan Melor, (3) ke Pasir Puteh dan (4) ke  Kota Bharu.

Sambil menunggu  untuk meneruskan  perjalanan masuk ke  dalam pasar Pekan Melor saya mengambil kesempatan merakam dan mengutarakan sedikit pandangan.

Bangunan disebelah kiri ( KEMBAR RADIO ) tempat penting dan terbaik  untuk kerajaan  ambil bagi memperluaskan jalan membelok ke kiri dari Pekan Ketereh menuju ke Kota Bharu.

Disebelah kiri untuk belok ke Kota Bharu terlalu amat sempit. Terganggu kerana terpaksa letak “penghadang merah”.

Disitu  terdapat tiang letrik TNB yang menyempit jalan selekoh untuk membelok kekiri. Kelihatan bangunan berwarna warni ialah Pasar Pekan Melor.

Dari arah Jalan Pekan Melor ke Pekan Ketereh, kekiri untuk ke Pasir Puteh dan ke Bachok. Kelihatan bangunan warna krem itu ialah Bangunan MARA Pekan Melor.

Gambar dilihat dari arah Pasar Pekan Melor. Kelihatan “Penghadang merah” terlindung sebelah bas yang membelok ke arah Kota Bharu. Juga kelihatan menara Telikom Pekan Melor di Jalan Ketereh.

Jika tanah dikiri dan kanan diantara menara Telikom hingga ke Pasar Melor diambil untuk perluaskan jalan sudah cukup melegakan trafik terutama pada masa atau hari-hari cuti mingguan.

Begitu juga gambar bawah.

Gambar dari arah pasar Pekan Melor. Kereta biru mengambil tempat bas kelihatan “penghadang merah” yang menunjukkan jalan amat sempit. Bangunan yang kelihatan perlu di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk perluaskan jalan.

Tapi sayang, Kerajaan Pusat tidak mengambil kita kentingan rakyat Kelantan. Royalti hak rakyat Kelantan tidak disalurkan secara sah.

Kasihan kepada rakyat Kelantan yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan PH tidak bertanggungjawab.

Sekiranya Kerajaan Pusat bersikap baik, ia menepati sistem federalisma yang menjadi sistem tunggak di Malaysia. Namun sistem ini hanya tinggal bacaan semata. Kelantan menjadi mangsa.

WalLAHu a’lam

Sekian.

Dari saudara anda dijalan ALLAH.

FIKRI MASJID UTHMANI

Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Hp ; 013-99 764 99.

****************************

Saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI memaklumkan bahawa MASJID UTHMANI sentiasa menanti sumbangan dari anda untuk menerima dana bagi membina beranda masjid.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *