Tuah siBENIH

23 SAFAR 1441

SELASA

22 OKTOBER 2019

Benih adalah sumber. Dari sumber, muncul sesuatu yang baru. Biji-bijian boleh menjadi benih dan sememangnya ia adalah benih. Biji  yang baik boleh menjadi benih yang baik. Bukti baiknya benih itu ialah ia boleh menumbuhkan yang baru iaitu pokok baru.

Ini biji dari pokok yang besar di belakang Hospital Raja Perempuan Zainab.  Saya mengambinya dalam timbunan sampah dan campak kedalam pasu. Dalam pasu ketika itu ada pokok herba  temu lawak dan cekur manis.

Terdapat juga dalam pasu satu pokok yang baru tumbuh. Saya rasa itu dari biji khurma yang di campak kedalam pasu itu bulan lalu.

———————————————

Namun ada pokok yang tumbuh bukan bersumber dari biji yang menjadi benih untuk menumbuhkannya. Di antaranya ialah pokok buluh tumbuh bukan berpunca atau bersumber dari biji sebagai benih.

———————————————

Gambar  di bawah adalah gambar yang di rakam pagi ini ; 22 Oktober 2019.

Dalam gambar ini terdapat dua biji yang tak sangka boleh tumbuh.

Kita akan lihat nanti, pokok mana yang kekal. Samada ia di pilih untuk kekal atau perlu di buang untuk mengekalkan pilihan.

Kita tunggu esok setakat dan sejauh mana perubahan pada pokok ini.

———————————————

23 Oktober 2019

Pagi hingga ke petang ini nampaknya layu.

______________________________

24 Oktober 2019

Pagi ini nampaknya segar.

______________________________

25 Oktober 2019

Semuga bernasib baik. Samada pokok khurma atau “pokok besar” itu.

Satu masa nanti akan di tanam kekal berhampiran Masjid Uthmani sebagai salah satu land scape masjid.

_____________________________

25 April 2020 / 2 Ramadhan 1441

Lama tidak mendekati pokok ini. Dari yang terakhir pada 25 Oktober 2019 hingga 25 April 2020 semalam. Bererti 6 bulan tidak mengambil gambar.

Asalnya benih. Disemai dalam pasu ini. Kemudian tumbuh dan hidup.

Hari depan belum pasti bagaimana kesudahannya !

6 Julai 2020

Gambar ini diambil pada 24 Jun 2020


Gambar hari ini : 6 Julai 2020

Edit untuk masukkan gambar terkini pokok …. 7 Julai 2021

Pada waktu petang jadi layu

7 Julai 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *