*******************************
3 MUHARRAM 1441 H
SELASA
3 SEPTEMBER 2019 M
*******************************
“Al-HamduliLLAH”, makanan dan minuman adalah nikmat. Ia adalah anugerah ALLAH SWT Yang Maha Rahman kepada makhluk dan hamba NYA. Semua jenis makhluk memerlukan “makanan” dan telah pun menerima anugerah “makanan” itu. Cuma, perlu kita faham, berbeza jenis makhluk maka berbezalah jenis makanan dan minumannya.
Disini, kita bicarakan secara ringkas tentang makanan dan minuman kita.
Tea O + lemon, saya rasa bagus. Cuma terkeluar dari “adab” kerana di masukkan gula putih. Gula putih hanya untuk raikan “sedap” “penuh selera” tapi telah gagal jaga diri dan kesihatan. Hukuman, TINGGALkan gula putih ! “insya ALLAH”.
Tea O lemon dan nasi kerabu berlauk paha ayam bakar dan telor. Tambahan ; ulam raja dan daun Brazil sebagai ulaman.
Itu suatu pagi di Restoran Salor.
Jangan lupa ulam-ulaman.
Nasi berlauk ikan ebet gulai kuning, sambal dan dan sedikit ulaman.
Tersedia “kesukaan”, nescafe… tentu ada susu isian pekat manis, …. oh susu ? terpaksa, meraikan mulut dan lidah ….”masalah”.
Suatu pagi di Kedai Roti Canai Arang, Kok Lanas.
Yang di bawah ni, jangan … kolesterol tinggi dan gula tinggi. Berhati2……
Mungkin gula diatas sesuai dengan anda !!
dengan uandaYang diatas, salad dan sayuran segar terbaik ; girgil, perahan limau dan taburan garam …. makan dengan roti “tamis” kosong pun jadi dan terbaik untuk kesihatan.
Nasi sikit dan ikan jenahak gulai kuning…. boleh, tapi gulai kuning ada lemak
Ini hanya peringatan untuk diri sendiri, saya tak makan, anak saya Ainul Fatihah Solehah cukup suka !
Di atas ; Sayur air sawi dan..
Di bawah ; Ikan kembung singgang ..
Terbaik untuk kesihatan semua pihak, “insya ALLAH”
Walau pun sangat menggemari benda dalam plastik ni ; kaki ayam… ubi keledek goreng, percayakah ? saya hanya ambil sebatang saja.
Diatas, terbaik, kerana ada air mineral … banyakkan minum mineral … untuk kesihatan. Jangan takut dengan kerap kebilik air !!
Pemakanan ialah ;
(1) apa yang di makan dan
di minum ?
(2) bila makan dan minum ?
(3) kenapa makan dan minum ?
Pandai menjawab dan mengatur tepat, “berjaya dunia akhirat”,
“insya ALLAH”