BerTAWAJJUH berPASRAH

_____________________________________

Apa yang berlaku, walau seburuk mana pun musibah keatas diri kita, selaku hamba kita tetap mengatakan dan menyatakan “syukur kehadrat ILAHI”, “kita masih bernasib baik kerana tidak sebegitu dan sebegini” dan dengan penuh sedar kita mengulangi kata bahawa “kita pun tidak mahu kejadian itu berlaku pada kita”.

Justeru, kita selayaknya mengulangi apa yang di ajar oleh RasuluLLAH SAW, “Segala puji-pujian bagi ALLAH atas semua keadaan yang berlaku”.

Secara sedar atau tidak, itulah naluri dan kewarasan hamba memandang suatu musibah walau dalam bentuk apa pun.

Namun, selayaknya hamba mengutip sebanyak pengajaran dan hikmah sesuatu ketentuan dan ketetapan ILAHI itu. Pengajaran dan hikmah yang tersurat maupun tersirat boleh di dapati dengan banyak bertafakur atas suatu peristiwa.

Jika tidak mampu berfikir sendiri, sekiranya ia seorang anak tentu pendidik yang paling dekat iaitu seorang ibu atau bapa boleh mencungkil mutiara berhikmah dan berpengajaran yang merujuk kepada apa yang berlaku.

Malah seorang ibu atau bapa boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak kerana ibu dan bapa mempunyai kuasa membuat undang2 dan peraturan serta arahan kepada anaknya. Apatah lagi jika ibu dan bapa itu berilmu, berwawasan dan seorang pendakwah.

Ia berlaku jua, hakikatnya ia suatu ketentuan dan ketetapan ALLAH SWT yang tidak boleh di elakkan oleh kelemahan hamba.

Sebabnya sesuatu kejadian buruk ada pada hamba. Hakikatnya hamba selalu menuntut memohon kepada RABBINA, mahu melakukan sesuatu.

Hamba berazam, bertekad dan bersungguh-sungguh mahu lakukan sesuatu walau yang tak di sukai ILAHI. Kerana hamba bersungguh mahu hasrat sesuatu, ALLAH mengizinkan, maka berlakulah yang tidak disukai ILAHI “dengan keizinan” ILAHI.

Keizinan dalam tidak redha NYA. Mana mungkin ALLAH redha kepada maksiat ?. Tapi kerana hamba menuntut, gerak dan diam itu datangnya dari ALLAH dalam erti kata hamba tidak boleh berfikir, merancang dan bergerak dan bernafas tanpa keizinan ILAHI, ar-Rahman.


-[ keindahan adunan warna berperanan]-

Keindahan dari ciptaan ILAHI adalah dari adunan ilmu dari Yang Maha Sempurna tersirat. Hamba selayaknya sedar dan insaf di mana hamba ketika berdepan dengan keajaiban ini dan apa tindakan dari kebersihan jiwa hamba.


-[ keindahan yang wajib diakui hamba beriman yang jujur berTUHANkan ALLAH Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang ]-

Walau apa yang terjadi, setelah hikmah dan pelajaran di perolehi, mengamati dan menghayatinya adalah suatu kefahaman dan kepastian.

Hamba WAJIB berJIHAD, berubah melawan kerakusan nafsu dan tetap melawan arus usikan dan bisikan yang selalu bekerja untuk mrnghancurkan hidup hamba. Tahap tertinggi kerja syaitan, mahu menghancurkan keMUSLIMan dan keMUKMINan hamba.

Demi sebuah penghidupan pengabdian, hamba yang mahukan kehidupan yang teratur dihari depan, kePASRAHan perGANTUNGan dan keKUKUHan hubungan dan adab dengan RABBI mesti di cetus dalam jiwa dan diri.

Semua itu mesti dengan suatu gerak dan hati bersih berhubungan rapat dengan al-QURAN dan doa suci kehadrat ILAHI.

WalLAHu a’lam.

Sekian, terima kasih.

Dari, saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani.
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Hp ; 013-99 764 99
______________________________________

MASJID UTHMANI Kampung Kolam.
Pengerusi : Fikri Bin Awang.

Saya meMAKLUMkan di sini ;
Pihak pengurusan MASJID UTHMANI amat memerlukan dana dari INFAQ fi sabiliLLAH anda muslimin dan muslimat untuk membina ;
(1) beranda masjid yang di jangka kos bernilai RM 100 ribu.
(2) tempat khusus untuk berwudhu muslimat di atas masjid yang jangkaan kos bernilai RM 100 ribu
(3) tandas awam yang dijangka kos bernilai RM 50 ribu
(4) tanah untuk tinggikan tapak sekitar masjid di jangka 50 lori bernilai RM 5 ribu.

Sesungguhnya ini dapat di lakukan jika anda yang mampu dan berupaya bekerjasama dan berkepercayaan kepada saya untuk mengurus.
“Insya ALLAH”

Saya berMOHON dengan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *