__________________________________
23 ZULQAEDAH 1440 H
JUMAAT
26 JULAI 2019 M
__________________________________
“Darul QURAN”, tajuk yang di beri untuk cacatan ini walaupun hati saya hanya ingin mencatat sedikit kenangan di Felda Keratong pada 2002.
Tajuk Darul QURAN adalah tajuk yang di kira dan di yakini berpahala lebih bila di niatkan semata untuk “mengutamakan” dan “membesarkan” al-QURAN.
Selepas kahwin dan sekembalinya dari belajar di Mekah, saya berkhidmat di Keratong Lima sebagai guru Quran. Saya mengajar di MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN, Felda Keratong Lima. Isteri saya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, Felda Keratong 10.
Pengerusi Maahad ini ketika itu ialah Tuan Haji Nik Buliamin Bin Haji Nik Mat. Sekarang pun saya yakin Pengerusi maahad ini masih Pak Nik masih. Ketika saya di sini, penasihat maahad ini ialah Almarhum Dato’ Dr. Harun Din.
-[ kelihatan ; sebelah kiri dalam gambar, Pak Nik Buliamin ]-
Sejak hari itu hingga sekarang hubungan baik saya dan Pak Nik masih kekal “Al-HamduliLLAH”, dan kebetulannya pula, anak abang Pa ( dua pupu saya di Cabang 4 Gunung ) menjadi isteri Alwi, anak Pak Nik. Saya masih ingat, anak bongsu Pak Nik bernama Zaki yang kini sedang menuntut ilmu ( alim ) di madrasah di Yala.
Saya sentiasa mengharap MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN ini bertambah mantap keupayaannya untuk mendidik dan melahirkan huffaz yang bertaqwa dan berwibawa. “Aamiin”
-[ di atas beranda inilah setiap petang bersembang bersantai ]-
MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN ini antara suatu yang memberi perangsang dan semangat untuk saya menubuhkan MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI Kampung Kolam [ MATIN KK ].
-[ ….. gabungan, susunan warna ciptaan ILAHI ……
“Wahai Tuhan kami, tidak sia-sia ENGKAU menjadikan ini semua, maka lindungilah kami dari api neraka” ]-
“Aamiin”
Sekian, terima kasih.
Dari, saudara anda di jalan ALLAH.
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp ; 013-99 764 99