______________________________________
RABU
21 Zulkaedah 1440 H
24 Julai 2019 M
______________________________________
Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah 2 tokoh terbilang di Malaysia. Keduanya adalah tokoh popular dalam dan luar UMNO.
Anwar mengetuai kepimpinan ABIM dan masyhur dalam Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia [ ABIM ] itu sebelum menyertai UMNO. Sebelum meninggalkan ABIM memasuki UMNO, beliau lantang mengkritik kerajaan melalui wadah pemuda itu.
Mahathir, di keluarkan UMNO pada zaman Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan di masukkan
kembali kedalam UMNO pada zaman Tun Razak.
Setelah jadi Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang di angkat Mahathir jadi Perdana Menteri ke 5, berikutan ketidaksetujuan kepada Abdullah Badawi beliau keluar UMNO beberapa ketika, kemudian beliau masuk menyertai semula UMNO.
Pada zaman Perdana Menteri ke 6, Najib Razak beliau kemudian keluar lagi UMNO sebagai kemuncak penentangan kepada Najib.
Setelah keluar UMNO, beliau melakukan penentangan terbuka kepada Najib Razak. Anwar, sejak di keluarkan UMNO oleh Mahathir pada 1998 telah menentang Mahathir yang membawa kepada penubuhan Parti KeADILan. Laungan “reformasi” bergema. Kini KeADILan bertukar kepada PKR. Mahathir yang menentang Najib menubuhkan PPBM.
Krisis Mahathir Anwar, menyebabkan terubah rentak penentangan rakyat kepada pemerintah. Di zaman Mahathir, penentangan Anwar cukup kuat. Buktinya tertubuhnya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Rakyat makin berani. Penentangan Mahathir terhadap Najib mencipta gelombang baru. Ditambah lagi adanya persefahaman baru antara Mahathir dan Anwar serta DAP.
Kejutan demi kejutan kepada rakyat dalam “permainan” terselindung bagi yang mengenepikan minda dan kerancakan meraikan minda matang.
Sesungguhnya, kesan besarnya ;
(1) ISLAM terketepi.
(2) Menguntungkan DAP.
(3) Merugikan rakyat Melayu.
(4) Menganiayai dan menghalang bukan ISLAM memahami ISLAM.
WaLLAHu a’lam.
Sekian, terima kasih
Dari, saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp : 013-99 764 99
______________________________________
Akaun MASJID UTHMANI
MASJID UTHMANI hanya ada satu akaun di RHB.
Saya meMOHON anda hubungi saya jika rasa berkepercayaan dan bersedia untuk mengeluarkan infaq fi sabiliLLAH.
MASJID UTHMANI tidak mempunyai sebarang hasil tetap untuk mengurus keperuan asasnya.
Terima kasih.