Di antara kita, kita adalah ibu bapa dan datuk serta nenek kepada anak dan cucu kita.
-[ Ahmad Fathi Rabbani ‘mengusik’ adiknya Ahmad Fathan JunduLLAH ]-
Jauh bezanya dengan mereka anak pinak dan cucu cicit itu. Kita, pada hakikatnya adalah bertaraf “maha guru” kepada mereka. Apa yang ada pada mereka ?.
-[ Almarhum ayahanda Haji Awang bersama Ahmad Fathan JunduLLAH ]-
Baru kenal ibu bapa dan datuk nenek mengikut tahap umur dan kematangan mereka.
-[bersama AINUL FATIHAH MARDHIYYAH 4 tahun]-
-[bersama AINUL FATIHAH SOLEHAH 8 th]-
Ayah ibu datuk dan nenek adalah tempat anak bermanja. Ketika kecil di katakan bermanja.
-[ ketika bawa Almarhum ayahanda melihat Sungai Kelantan depan Ridel Hotel, Kota Bharu bersama cucundanya Ahmad Fathi Rabbani dan Ainul Fatihah Mujahidah ]-
Di harap dari sifat bermanja ini kekal hingga mereka besar ; remaja dan dewasa.
Justeru, itulah kita sebagai “maha guru” tempat mereka menerima pendidikan.
-[ mendukung Ahmad Fathan JunduLLAH semasa kecil … kini berumur 10 tahun ]-
Bermula dari remaja mereka teruskan bermanja dengan menukar watak kepada suka mengadu kepada ibu bapa dalam segala persoalan dan permasalahan hidup.
-[Almarhum ayahanda Haji Awang bersama cucundanya ; Ahmad Fathi Rabbani, Ainul Fatihah Mujahidah dan Ahmad Fathan JunduLLAH ketika masih kecil]-
Seterusnya sehingga dewasa, senang dan suka berbincang dengan ibu bapa. Sukar untuk membina watak secantik sedemikian.
-[ semua 5 anak : 2 laki dan 3 perempuan ]-
Tidak benar jika ibu dan bapa serius dan garang sepenuh masa. Anak mesti faham mesej “ada masa bermanja” tapi bila bersalah ibu bapa tetap tegas menegur membaiki kesalahan untuk di baiki si anak. Ibu bapa mesti memahamkan mesej ini.
-[Ahmad Fathi Rabbani mendukung adik bongsunya Ainul Fatihah Mardhiyyah]-
Kita mesti ingat, pendidikan kita adalah pendidikan ISLAM. ALLAH matlamat kita. Akhirat adalah hujung kepada kehidupan kita ini.
-[bersama Ahmad Fathi Rabbani ; ketika ini hanya Fathi saja yang ada selaku anak sulung yg di lahirkan pada 2003 ]-
Ketika anak salah, tidak boleh sebut yang lain kecuali “ALLAH tak suka” “ALLAH marah” lalu sebut “bila ALLAH tak suka, ALLAH marah maka berdosa”. “Insya ALLAH, berkesan”. ALLAH tolong hamba yang sebut nama NYA. “Aamiin”
WalLAHu a’lam
Dari, saudara anda di jalan ALLAH.
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Hp : 013-9976499.
Ini nombor akaun MASJID UTHMANI di RHB.
Sekiranya ada HAMBA ALLAH yang ingin INFAQ, bolehlah transfer masuk ke akaun ini. Saya selaku Pengerusi Masjid Uthmani mesti bayar akaun TNB sekurangnya RM 100 sebulan untuk bayaran kegunaan letrik.
Mana tahu ada hamba yang ingin INFAQ fi sabiliLLAH !!