“KERJASAMA” PAS dan UMNO

KERJASAMA

Dari asal kata “KERJA”  dan “SAMA”. Jika di asingkan boleh jadi maksud dan tafsiran yang lain  berbanding dengan suatu perkataan “KERJASAMA”. Kerja dan sama adalah perkara yang  berbeza.

Lawan kepada kerjasama ialah asing atau asingan.  Apatah lagi jika berlawan dan lebih lagi jika bermusuhan. KERJA dan SAMA boleh menjadi maksud yang sama bila di gabungkan kepada KERJASAMA.

Perbincangan tentang lengang lengguk bahasa tidak di fahami jika tidak merujuk kepada realiti sesuatu suasana yang berlaku.

Kini, muncul KERJASAMA. Dulunya berlawan dan bermusuhan, berjauhan dan tiada usaha perbincangan dan pendekatan bersama.

Begitulah keadaan,  realiti antara PAS dan UMNO.

Tujuan tajuk ini di utarakan kerana keputusan MUKTAMAR PAS tentang perlunya di teruskan KERJASAMA dengan UMNO dan usaha memperkemaskan gagasan di antara dua parti politik besar di Malaysia itu.

“Al-HamduliLLAH”, Tahniah PAS.

PAS dan UMNO bersama KERJASAMA memimpin pasukan pembangkang. Keputusan MUKTAMAR TAHUNAN PAS ke 65 di Kuantan 21 Jun lalu.

Keputusan KERJASAMA PAS UMNO ini menimbul reaksi dari berbagai pihak terutama dari pihak lawan politik iaitu pihak PAKATAN HARAPAN.

Bila melihat keadaan hubungan PAS UMNO sebelum MUKTAMAR lagi keputusan KERJASAMA ini telah di jangka semua pihak.  Sebelumnya telah berlaku praktikal kerjasama semasa PRK di Cameron Highland, Semenyih dan Port Dickson.

Selama ini, ramai berdukacita bila berlaku perpecahan sesama Muslim dan Melayu. Ia merujuk kepada permusuhan PAS dan UMNO.

Kini, bila berlaku KERJASAMA, kesepatutannya kita Muslimin dan Melayu menyambut baik keadaan ini. Namun, kerana masa berlalu dan berubah, Melayu telah berpecah lagi. Dari UMNO muncul PKR dan PBPM dan dari PAS muncul PAN.

KERJASAMA PAS UMNO kini bekerjasama untuk berhadapan PAKATAN HARAPAN yang didalamnya ada parti serpihan itu.

WalLAHu a’lam.

Sekian, terima kasih.

Dari saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani,

Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Hp : 013-9976499

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *