Kini adalah waktu peralihan yang cukup mencabar dan mengelirukan. Juga ia waktu pertembungan dalaman yang cukup menggelisahkan di Malaysia. Juga sekarang adalah masa terbaik untuk menyimpulkan tentang natijah suatu tindakan yang merosak dan menghancurkan. Seronoknya penjajah British kerana matlamat mereka tercapai.
Cukup mencabar jiwa rakyat dan semua pihak termasuk secara langsung ialah pihak pemerintah PH. Cabaran terbesar ialah persoalan “akhirat” nanti.
Kesan dari dasar dan perlaksanaan dasar pemerintahan UMNO puluhan tahun dulu jelas terasa pertembungan dan kesan positif dan negatifnya.
Dasar dan perlaksanaan yang tidak relevan untuk pihak lain, yang hanya sesuai bagi pihak UMNO semata menyebabkan UMNO jatuh kalah pada PRU 14 Mei 2018 se tahun lalu.
Apa yang termaktub dalam dasar negara dan Perlembagaan Malaysia tidak di laksanakan secara adil, tepat dan telus. Ia hanya di laksanakan hanya “secara UMNO” semata. Juga semacam hanya untuk UMNO semata !
Perkara ini, terasa berat dan perit di rasai dan di tanggung oleh rakyat. Pengamalan sedemikian berlangsung angkuh terutamanya pada masa PM 4 dan PM 6.
Takhdir ; ujian ILAHI, kekuasaan dan idealisma Tun M serta maksud “konspirasi peringkat tertinggi” ( sebagaimana yang bahasakan Anwar Ibrahim ) pada 1998 sehingga Anwar Ibrahim di pecat dari UMNO oleh PM 4 adalah suatu perjalanan paling pahit !
Fenomena penentangan dan pembongkaran dari Anwar Ibrahim terhadap PM 4 cukup memberangsang dan menyegarkan rakyat. “Fenomena Anwar” ini membangkitkan dan menyatukan rakyat Malaysia menentang Tun M dan UMNO.
Dasar dan pokok penentangan Anwar Ibrahim terhadap Tun M dan UMNO ini di perhatikan secara tajam oleh DAP. Bangsa DAP ini, pada dasar dan pemikiran mereka adalah lain dari yang lain.
Pihak yang aktif membangkang atas nama ISLAM, selalu menasihati dan membangkang. Namun, pengaruhnya terhad. Walau dengan menggunakan hujjah ISLAM, orang ISLAM sendiri yang menentang parti ISLAM itu.
Bila sedemikian, golongan bukan ISLAM merayakan kemenangan.
……..
( Akan bersambung )…”insya ALLAH”.
Dari ;
Saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Hp : 013-99 764 99.