SEBARkan keAMANan

Tiada ulasan saya tentang serangan yang di lakukan oleh seorang individu dengan senjata api dalam Masjid Al-Noor di Deans Avenue dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu. Hari Jumaat yang mulia menjadi saksi.

Namun, atas sifat dan dasar persaudaraan ISLAM, saya mengharapkan mereka yang di jemput ILAHI itu menemui ALLAH sebagai syuhada’ “Aamiin”

Kesan yang paling dekat kepada masyarakat New Zealand ialah, nampaknya mereka menunjukkan simpati yang tinggi. Rakyat New Zealand yang non-muslim juga menghadiri kawasan tanah perkuburan Memorial Park sebagai simbolik hubungan kasih sayang kepada komuniti Muslim.

Ada di antara mereka mengambil langkah mengawal masjid ketika umat ISLAM sedang solat. Mungkin juga, terselit dihati mereka “rasa bersalah” kerana bangsa mereka bertindak ganas dan kejam terhadap umat ISLAM yang tidak bersalah itu.

Apa yang menarik perhatian kan ? Sikap masyarakat New Zealand menangani keganasan itu dengan menyebarkan keamanan dan rasa belas kasihan kepada yang mereka yang di timpa musibah itu. Solat Jumaat di Hagley Park menerima layanan istimewa di mana laungan azan Jumaat dsiarkan secara langsung. Juga, khutbah Jumaat dari Masjid Khadija disiarkan secara langsung. Pelik juga kan !

Tahniah kepada Perdana Menteri New Zealand, Puan Jacinda Ardern yang bijak mendidik rakyat New Zealand

Tidak ada pada mereka sikap salah menyalahi membuta tuli. Malah pihak berkuasa New Zealand telah bertindak pantas menangkap individu yang di syakki terlibat secara langsung dalam kejadian itu.

Masyarakat New Zealand amat berbeza dengan sebahagian tokoh politik DAP di tanah air Malaysia.

Komen dan ulasan dari pihak DAP sentiasa menjurus untuk mengundang masalah memporak petanda masyarakat terutama masyarakat Muslim.

Kenapa ulasan DAP kasar sedemikian ? Apa kepentingan DAP ?. Berani sungguh DAP !. Siapa yang mempertahankan DAP ?. Renungilah persoalan itu !!

WalLAHu a’lam.

Sekian, terima kasih.

Saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani,
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *