.
.
“Al-HamduliLLAH”, syukur, kepada ALLAH selayaknya di puji selamanya. Selayak zat NYA di puji di tambah mengenang mengingati segala nikmat NYA yang semuanya sempurna.
“Terima kasih PM, Tun Dr. Mahathir”
Kepada PM yang berkuasa, yang telah memutuskan untuk membina apa yang patut untuk Kelantan. Kepada makhluk NYA berterima kasih selayak hamba semata.
Kelantan layak menerimanya. Malah lebih dari layak kerana tiada salahnya Kelantan berkerajaan di bawah pentadbiran PAS.
Namun, ujian istimewa untuk Kerajaan dan rakyat Kelantan. Sejak 1990, kerana menukar pemerintah dari BN kepada PAS, sering dan selalu serta berat dan mencabar ujian yang di terima. Sesuailah ujian itu kerana kehebatan ISLAM yang menjadi matlamat hidup dan perjuangan.
Kelantan terus ISTIQAMAH berpegang teguh kepada ISLAM. Tepat dengan moto Kerajaan Kelantan “BERSERAH KEPADA ALLAH” Kerajaan Kelantan yang di tulis jawi di lambang Kerajaan Negeri Kelantan.
Sesuai dengan tema pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.
Di samping memberi reaksi kepada keadaan yang berlaku itu, saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI selalu meMAKLUMkan tentang masjid ini. Tuan puan boleh ikuti perkembangan dari masa kesemasa.
“Insya ALLAH”
WalLLAHu a’lam. Sekian.
Terima kasih
Saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp ; 013-99 764 99.