Lebuh RAYA terPAKSA kerana rakyat yang memaksa.
Setiap musim perayaan, rakyat Kelantan “di dera”. Balik berhari raya, sebelum sampai dan masuk sempadan Kelantan tidak terasa penat memandu kenderaan.
Melepasi Gua Musang kenderaan terasa tiba- tiba bertambah , pada hal kenderaan itu juga lah yang melalui Kuala Lipis dan sebelumnya sejak dari Lembah Kelang tapi tak terasa beban penat. Bila masuk Kelantan jalan sempit dan tidak elok.
Masalah jalan di Kelantan amat teruk sekali. Sepatutnya pembinaan lebuh raya telah lama di lakukan. Sejak zaman Tun Dr Mahathir PM 4 dulu lagi.
Namun, Kelantan tidak di minati Tun Dr Mahathir untuk di bangunkan.
Kerajaan Kelantan adalah “kerajaan tiri” di sisi Kerajaan Pusat. Padahal di mana salahnya rakyat Kelantan memilih kerajaan dari PAS.
Ini sebahagian kecil suasana pembinaan LEBUH RAYA RAKYAT di Kampung Buloh Poh, Ketereh yang di bina dengan terPAKSA setelah melalui penderaan puluhan tahun.
Jadual pembinaan oleh Kerajaan Persekutuan dari Pasir Hor telah sampai di jalan Kampung Buloh Poh.
Sehingga kini projek ini telah di gunakan, di buka untuk orang awam dari Pasir Hor ke Nilam Puri.
Sabarlah rakyat Kelantan. Anda telah berjuang. Begitulah perjuangan.
Ujian khusus untuk rakyat Kelantan.
Sekian.
Saudara anda di jalan ALLAH SWT.
Fikri Masjid Uthmani.
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.