MASJID UTHMANI Kampung Kolam.
Lokasi …alamat lengkap ; Kampung Kolam, Sebelah Sekolah Menengah Agama [ Arab ] Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam (SMADUAM), Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Kampung Kolam, nama sebuak kampung dalam struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan ; merupakan sebuah kampung dan nama Mukim yang berada dalam Jajahan Bachok.
Dari sudut persempadanan pilihan raya Kampung Kolam berada dalam kawasan Parlimen Bachok.
YB Bachok ialah Ustaz Nik Mohammad Abduh dan DUN Jelawat. YB Jelawat ialah Abdul Azziz Kadir.
Pekan Melor ialah pekan yang terdekat, sejarak 4 kilometer dengan Kampung Kolam, sebuah pekan yang menghala ke Kota Bharu.
Pekan Melor sejauh 15 kilometer dari Kota Bharu. Kampung Kolam dalam Jajahan Bachok menjadikan Pekan Melor jadi pekan yang terdekat untuk berurusan seharian.
“Al-HamduliLLAH”, masjid yang asaskan pada Disember 2007 ini berada diatas sebahagian tanah hak milik saya yang di WAKAF fi sabiliLLAH.
Kini telah siap sepenuhnya ( ruang solat ) dan boleh digunakan, yakni di imarahkan.
Tanah tapak Masjid Uthmani ini, pemilik asalnya ialah Tok Ki saya Haji Uthman Bin Abu Bakar.
Kemudian tanah ini dipesakai, jatuh menjadi hak milik anakndanya, Haji Awang Bin Haji Uthman.
Dari Haji Awang berpindah milik kepada ibu saya Hajjah Jah Binti Haji Awang lalu sampai kepada saya.Tanah tapak masjid ini jadi hak milik saya sejak tahun 2000.
Sebuah masjid, yang ruang solat berkeluasan 55 x 60 kaki persegi.
Dari segi kemudahan asas, hanya TANDAS AWAM yang masih belum siap. Tandas di ruangan pelajar SMADUAM sedang dalam pembinaan.
Gambar atas ;
Kiri Masjid Uthmani
Kanan SMADUAMMasjid Uthmani telah di imarah oleh pelajar SMADUAM ; samada di waktu persekolahan yang melibatkan seluruh pelajar pada waktu solat zohor dan pelajar yang tinggal di asrama seramai 100 orang.
Saya selaku Pengerusi Masjid Uthmani “Dengan nama ALLAH” mengucapkan jutaan terima kasih “jazakumuLLAHu khairan jaza” diatas sokongan setiap hamba ALLAH yang terlibat sehingga berdiri siap masjid ini hari ini.
Tinggal lagi, pengisian seterusnya dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA, anugerah NYA yang masih berbaki lagi ini.
Laman web ini ; ( fikri-mu.com ) dengan penjelasan ini, terjawab jelas ‘ MU ‘ pada alamat laman web ini ialah ‘ Masjid Uthmani ‘ bukannya bermaksud ‘ mu ‘ itu awak atau you … anda.
Bererti, saya rangkaikan nama saya dengan ‘ MU ‘ -Masjid Uthmani“Insya ALLAH”, MASJID UTHMANI, dengan pertolongan dan bantuan RABBINA akan di imarah, di hidupkan dengan program keagamaan. “Aamiin”
Terima kasih.
Dari saudara anda di jalan ALLAH SWT.
FIKRI BIN AWANG
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Hp ; 013-99 764 99
——————————————
Anda, saudara saya dijalan ALLAH layak membantu saya mengIMARAHkan Masjid Uthmani dengan mengINFAQ diakaun ( current ) atas nama MASJID UTHMANI.
والله اعلم
Terima kasih