MenJAWAB perSOALan

3 Safar 1444 – RABU – 31 Ogos 2022

الحمدلله… syukur dengan pegangan dan pengakuan yang tidak berbelah bagi terhadap ALLAH SWT. Sesungguhnya nikmat yang ada ini, yang diterima ini wajib datangnya dari ALLAH SWT.

سبحان الله …. lama terzahir kelemahan diri. Blog domain sendiri ini entah kali keberapa terganggu keISTIQAMAHannya. استغفر الله

TAHFIZ UTHMANI teruskan perjuangan

21 Ramadhan 1443 ~ SABTU ~ 23 April 2022.

ALLAH SWT sentiasa menganugerahi nikmat NYA. Yang Maha Baik Merahmati.

Sejak 25 Februari 2022 lalu ( 23 Sya’aban 1443 – Jumaat ) hujan tak menentu. Kesannya, pembinaan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI terganggu. Lubang tapak yang digali tak dapat diteruskan pembinaan kerana dipenuhi air.

Pada pagi Jumaat tarikh tersebut, saya menjemput beberapa orang sahabat iaitu Ustaz Nik Adli, Ustaz Nor Azariza, Ustaz Fadhilul Hakimi dan Ustaz Kashuadi ke ‘majlis’ meletak asas pembinaan TAHFIZ UTHMANI.

Majlis makan secara santai turut meraikan kehadiran sahabat. Sahabat dijemput dan kehadiran mereka adalah suatu simbolik bahawa kami adalah seperjuangan.

Lubang yang pertama digali seluas 7 kaki lebar dan sedalam 5 kaki. Selepas digali waktu siang kelihatan “mata air” mengeluarkan air yang deras. Manakala pada waktu malam nya hujan turun dengan lebat.

Makin dekat “sampai masanya”

~ 1 REJAB 1443 – KHAMIS – 3 FEBRUARI 2022 ~

“Insya ALLAH”, rancangan pembangunan pendidikan, iaitu pembinaan MASRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI -( MATIIN )- makin dekat untuk “pecah tanah” berhampiran MASJID UTHMANI.

Kelihatan gambar dari MASJID UTHMANI menghala keluar.

Gambar dari MASJID UTHMANI menghala ke tengah. Kelihatan pokok manggis ( setho ). Disini lah akan dibina MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI Kampung Kolam – ( MATIIN )-